Penyanyi muda, Zaki Yamani, 16, yang juga anak Raja Pop tanah air mendedahkan, kali terakhir dia menyambut lebaran bersama Datuk Jamal Abdillah adalah sekitar lapan tahun lalu dan semestinya kerinduan terhadap ayahnya itu sentiasa tersemat di hati.
Bagaimanapun, menurut Zaki, dia tidak pernah mahu memaksakan Jamal mahupun keadaan untuk kembali seperti satu waktu dahulu memandangkan dia juga mengerti bahawa ayahnya kini sudah mempunyai kehidupan dan keluarga baru. “Saya akui, dulu selalu jumpa dengan babah. Kali terakhir berpeluang beraya dengan dia pun masa tahun 2015. Masa itu, saya darjah tiga.
“Boleh dikatakan, masa umur saya sekitar 7 atau 8 tahun, saya rapat juga dengan babah. Kemudian dah kurang. Mungkin sebab babah sibuk, atau sudah ada keluarga baru,”katanya yang kelihatan cuba menahan air mata. Selain itu, ditanya sama ada dia ada menghubungi bapanya itu dalam sela waktu, kata Zaki, sesekali ada dia berbuat demikian namun berbalik kepada alasan tadi, dia tahu Jamal kemungkinan sedang sibuk.
|
syidasaleh replied at 11-4-2022 11:43 AM
Mak awak lupa gosok tudung ke
syidasaleh replied at 11-4-2022 11:43 AM
Mak awak lupa gosok tudung ke
cmf_premierleag replied at 11-4-2022 01:18 PM
Aku ingat lg yg ms mak nya nk kawen dulu, satu UiTM heran katanya sbb dia ni anak prof ke mcm tu la. ...
ADVERTISEMENT