BENGKULU: Seorang pegawai kerajaan di Kementerian Badan Usaha Milik Negara berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana didakwa menyebabkan teman wanitanya maut selepas menelan pil menggugurkan kandungan.
Lapor Tribunnews, suspek dikenali sebagai AN, berusia 27 tahun dan teman wanitanya, AA berumur 22 tahun. Menurut polis, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak mula menjalin hubungan sulit dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu. Hasil hubungan terlarang itu, mangsa mengandung luar nikah dan memaklumkan perkara tersebut kepada suspek.
Suspek yang takut perkahwinannya akan hancur segera membelikan pil gugur kandungan menerusi rakannya. “Mangsa memberitahu kepada suspek bahawa dia sudah hamil 11 minggu dan disebabkan enggan bertanggungjawab kerana bimbang perkahwinannya akan berakhir, suspek segera membeli pil gugur kandungan dari rakannya. “Mangsa didakwa mengambil pil tersebut sebanyak enam biji iaitu meletakkan dua biji di bawah lidah, dua dimasukkan ke dalam kemaluan dan dua lagi dibancuh dalam minuman. “Akibatnya, mangsa mengalami pendarahan dan muntah teruk sehingga dikejarkan ke hospital. “Selepas tiga hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi,” kata jurucakap polis, Doni Juniansyah. Dalam pada itu, suspek mengakui dia dan mangsa sama-sama bersetuju untuk menggugurkan kandungan tersebut kerana mereka belum bernikah. “Kami tahu apa yang kami lakukan itu (gugurkan kandungan) salah, namun kami memang tidak mahu anak itu,” katanya. Sementara itu, dua rakan suspek turut ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa menjual pil gugur kepadanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
salimrock replied at 11-4-2022 12:28 PM
“Mangsa didakwa mengambil pil tersebut sebanyak enam biji iaitu meletakkan dua biji di bawah lidah, ...
salimrock replied at 11-4-2022 12:23 PM
bila nak ajar sex education = menggalak kan zina
tp tak belajar sex education pn berzinah juga
salimrock replied at 11-4-2022 12:28 PM
“Mangsa didakwa mengambil pil tersebut sebanyak enam biji iaitu meletakkan dua biji di bawah lidah, ...
salimrock replied at 11-4-2022 12:28 PM
“Mangsa didakwa mengambil pil tersebut sebanyak enam biji iaitu meletakkan dua biji di bawah lidah, ...
darkness replied at 11-4-2022 11:25 AM
Dah cakap dah...selingkuh lama2 bawa mati tp ada juga yg pertahankan perbuatan selingkuh
ADVERTISEMENT