CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Jangan Kutuk- Guna Kayu Belian, Kos RM50 Ribu Bina Jeti Kampung Mutap Munasabahlah

11-4-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5335| Komen: 85

Miri: Selain menggunakan kayu belian, pelbagai faktor lain turut mendorong kos pembinaan Jeti Kampung Mutap, Bekenu dekat sini mencecah RM50,000.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dalam kenyataan berkata, antaranya termasuk kos logistik selain faktor keselamatan dan keadaan jalan untuk ke kawasan berkenaan.

Katanya, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, namun lebih rendah daripada kadar harga pasaran.


Foto: Twitter

"Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kenyataan itu menyusul sebagai penjelasan terhadap dakwaan warganet yang mendakwa kos pembinaan jeti itu tidak wajar.

Menurut JKR Bahagian Miri, cadangan awal adalah untuk membina jambatan keluli, namun terpaksa ditolak disebabkan kos yang terlalu tinggi.

Dimaklumkan juga, Ketua Kampung Mutap Sediah Abdullah memilih jeti daripada kayu belian sebagai ganti dan beliau perlu memohon peruntukan tambahan daripada wakil rakyat kawasan untuk pembangunan fasa kedua jeti itu.

"Semasa lawatan tapak, Ketua Kampung juga memaklumkan bahawa sungai itu dipenuhi buaya dan kontraktor yang dilantik hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga apabila melaksanakan kerja pembinaan.

"Kebimbangan lain termasuk hakikat bahawa akses jalan ke Kampung Mutap adalah jalan ladang yang amat membebankan," katanya.

JKR Bahagian Miri juga berkata, cabut undi bagi projek itu dibuat pada 30 November 2021 di Pejabat Residen Miri dan kontraktor yang dipilih ialah Syarikat Bukit Balat, dengan kontrak ditawar untuk permulaan kerja pada 7 Mac 2022 hingga 6 Jun 2022.

"Projek berjaya disiapkan pada 6 April 2022 dan pemeriksaan tapak terakhir dilaksanakan secara bersama oleh JKR Bahagian Miri, Ketua Kampung dan kontraktor," katanya yang memberitahu jeti diserahkan kepada Ketua Kampung selepas penilaian kerja akhir memuaskan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 10-4-2022 08:42 PM
Kenapa tak buat jeti konkrit?
Quote tikusmontok 10-4-2022 08:44 PM
Masuk tembolok siapa kah?
Quote lattehazelnut 10-4-2022 08:46 PM
Susah nak ckap sbb mungkin kat pedalaman.. kos transport brg tu mahal..
Tp of cos la mesti la sub kat org2..
Quote musangbodoh 10-4-2022 10:03 PM
atas bwh kiri kanan mkn....untunglh 3k bersih
Quote Firenzza 10-4-2022 10:11 PM
Pakai kayu jati yg buat perabut tu kot?
Quote putera_daruna 10-4-2022 10:20 PM
inilah malaysia....hebatkan....huhuhu
Quote abangbikerz 10-4-2022 10:45 PM
lattehazelnut replied at 10-4-2022 08:46 PM
Susah nak ckap sbb mungkin kat pedalaman.. kos transport brg tu mahal..
Tp of cos la mesti la sub ka ...

bukan pedalaman sgt pon bekenu tu. kalau bario ke ye la
Quote sharlenetexas 10-4-2022 11:01 PM
Tahan berapa hari?

Quote cmf_jeangrey 11-4-2022 12:06 AM
Berapa org dapat agihan lepas tolak kos jeti tu? Tiap org dapat berapa pulak?
Quote mohdcrow 11-4-2022 12:19 AM
terkejut yg tak tahan tu...baru balik oversea ke?
Quote kitmal 11-4-2022 12:20 AM
demi sesuap nasi...tak  malu lagi buat kerja begini
Quote honeybee1802 11-4-2022 12:34 AM
Ini kalo gotong royong buat sendiri..rm10k siap kenduri kot....
Quote rosmahisham 11-4-2022 01:55 AM
Mcm.ni panggil jeti? Mcm titi belakang  rmh persemdirian je..pnh iols tgk kt mana ntah rmh org ada titi mcm gini..
Quote redz85 11-4-2022 05:22 AM
berapa lama kayu tu boleh bertahan dalam air?
Quote MissyMolly 11-4-2022 05:53 AM
Adoiii.. tahan selamanya tak
Quote ghalibboy 11-4-2022 06:10 AM
Macam tak tahan lama je , dah tu amat simple kejadiannya.
Quote zidane_ziege 11-4-2022 06:13 AM
dah undi penyamun tiba2 naik hairan plak apasal kena samun?
Quote Zack8hunter 11-4-2022 06:33 AM
pakai kayu belian katanyer..sbb tu mahal.. alang2 tu awat tak buat jeti concrete terus?
Quote skinsandstars 11-4-2022 06:35 AM
Hidup kontraktor bumiputera!

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.098354 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top