CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Tahun Rahsia Identiti, Akhirnya Myra Natasya Dedah Dia Anak Halim Othman

11-4-2022 09:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22534| Komen: 173|Original author: Tatod


Pemilik nama Myra Natasya yang mula bertapak dalam dunia seni hiburan tanah air sejak tiga tahun lalu itu selesa mengunci rapat identiti dirinya adalah anak tunggal kepada bekas penyampai terkenal, Halim Othman.

Pernah mengendalikan Didik TV dan drama Republic Of Gombak tayangan TV3, wanita berusia 27 tahun itu merasakan sudah tiba masa yang sesuai untuk dia mendedahkan latar belakang keluarganya.

Walaupun masih bertatih mengembangkan kerjayanya, Myra bagaimanapun berpuas hati kerana sepanjang pembabitannya dalam bidang pengacaraan dan lakonan, semuanya dilakukan dengan berdiri atas kaki sendiri.


"Tiga tahun saya simpan kemas identiti ayah sebab hormatkan dia yang terlebih dahulu dikenali sebagai penyampai radio dan pengacara. Saya tidak pernah buka mulut untuk bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.


"Awal pembabitan dalam bidang seni pun ayah tak berapa setuju sebab bimbangkan saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, dia akhirnya berkongsi ilmu.

"Dia pun bangga sebab saya berusaha untuk memulakan karier dengan mempertaruhkan bakat tanpa bergantung pada namanya. Saya sayang dan menghormati dia," katanya kepada Harian Metro.

Keputusan untuk mendedahkan identiti sebenarnya terlebih dahulu dimaklumkan kepada ayahnya. Kata Myra, dia akan beritahu perkara sebenar sekiranya ada individu yang bertanya inginkan pengesahan daripadanya.

"Hubungan kami memang baik walaupun saya tahu dia tak berapa selesa untuk bercerita mengenai kisah peribadinya kepada media. Kalau dia bercakap pun lebih banyak mengenai isu semasa atau politik.

Sumber Remaja

"Tetapi saya sudah maklumkan ayah bahawa saya akan beritahu siapa saja apabila ada yang bertanya. Dia faham dan mendoakan agar saya berjaya dalam karier," katanya.



Selain pengacaraan dan lakonan, pemilik nama sebenar Yusmyra Natasya itu juga adalah salah seorang tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat yang ditubuhkannya.

Myra adalah anak Halim bersama bekas isterinya, Yusnita Omar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sudirmanistas 11-4-2022 09:22 AM
Bila tgk betul2, ada iras HO jgk la.
Quote alexandria_iz 11-4-2022 09:23 AM
Dah kawen rupanyer halim osman yer? Mati2 ku ingat bujang terlajak.

Tak tau bila dia kawen, bercerai. Apatah lagi ada anak.

Tapi umur HO nie berapa? Dia kawen umur berapa? Anak dah umur 27 tahun.
Quote HoneyManjer 11-4-2022 09:28 AM
sy putar halimmmmmmmmmmm!
ahh d good old days
Quote bakingsoda 11-4-2022 09:31 AM
aku baca kat fb sedara mara pon tatau HO ni dah kawin pastu ada yg bagitau budak ni masa masuk dewi remaja tulis nama bt abdullah? kesahihan tidak dapat dipastikan sbb malas google
Quote prince_marhaen 11-4-2022 09:33 AM
tamatlah spekuan HO membujang sebab heols nonok topper vibes? ehhh!
Quote salimrock 11-4-2022 09:35 AM
bakingsoda replied at 11-4-2022 09:31 AM
aku baca kat fb sedara mara pon tatau HO ni dah kawin pastu ada yg bagitau budak ni masa masuk dewi  ...

err, mgkn cam kes liv tyler dan steven tyler dulu kot

steven tyler ni penyayi aerosmith ketika itu beliau byk berfoya, dan hasil berfoya2 dgn model playboy yg bernama bebe buell ni makan terhasil la liv tyler, namum steven tidak mengetahui nya selepas 12-15 tahun kemudian, bila bebe buell bgtau liv yg steven itu adalah ayahnya...


namum begitu ini tiada kene mengena dgn Halim osman,  cuma cth situasi yg mkgn terjadi...
Quote Incanto 11-4-2022 09:48 AM
H O dah 57

kalau kawin lewat 20an logik lah anak baya ni

kawin dan cerai sblm jadi selebriti kot
Quote lasagna 11-4-2022 09:52 AM
xmau speku pape, melainkan ada yg tau kes ni betul2 boleh spill the tea.
Quote likilu 11-4-2022 09:52 AM
Bukan merahsiakan, memamg takde orang tanya  kot sebab tak  femes  pun.  Sekarang risau  dah  3 tahun  tak femes tak pernah kena  interview, try petik nama  ayah  la  tengok
Quote Prickford 11-4-2022 09:54 AM
Sampai skang iolls tak boleh lupa masa awal2 radio Era, late 90's yg ada pemanggil wanita call HO, dah la tengah on air, dok luah perasan kat HO, tapi pemanggil tu bini orang hendaknya. Punyalah syok maut dgn HO. Geli dengor.
Quote likilu 11-4-2022 09:56 AM
bakingsoda replied at 11-4-2022 09:31 AM
aku baca kat fb sedara mara pon tatau HO ni dah kawin pastu ada yg bagitau budak ni masa masuk dewi  ...

A ah la betul rupanya binti abdullah

https://iluminasi.com/bm/biodata-myra-natasha-peserta-dewi-remaja-2019.html

Nama betul halim Osman lain kot Abdullah bin osman tapi nak commercial guna halim

Macam shila amzah la, nama betul ayah dia ndlala
Quote Lavender_Violet 11-4-2022 10:06 AM
Mati2 ku ingat si HO ni x pernah kawin. Zaman2 heols mendonia dulu selalu kena bahan usikan sbb x kawin lagi punya isu...bujang terlajak kekdahnya
Quote Lavender_Violet 11-4-2022 10:07 AM
likilu replied at 11-4-2022 09:56 AM
A ah la betul rupanya binti abdullah

https://iluminasi.com/bm/biodata-myra-natasha-peserta-dewi-r ...

Chuols biar betul...
NDLala tu bukan nama stage ayah shilalat ke
Nama sebenar dia Amir Hamzah tak silapnya
Quote auntyonion 11-4-2022 10:09 AM
Ingat bujang terlajak beso dah anaknya
Quote TomyamPuteh 11-4-2022 10:28 AM
Nape mata aku nmpk anak mummy Mas Idayu lagi cantik?
Quote nuralisa 11-4-2022 10:32 AM
mesti ramai google sapa yusnita omar
Quote acikbajuhijau 11-4-2022 10:35 AM
maaf dik... acik tak kenal kau. it's ok. now i know who you are.
Quote princessmiang 11-4-2022 10:39 AM
Oh ingatkan kunyit HO
Quote likilu 11-4-2022 10:41 AM
Lavender_Violet replied at 11-4-2022 10:07 AM
Chuols biar betul...
NDLala tu bukan nama stage ayah shilalat ke
Nama sebenar dia Amir Hamzah tak  ...

Kalau tak betul chuols bagi la speku kenapa dia binti Abdullah?

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top