CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Lampin, Main Anak Patung- Banduan Transgender Nak Dilayan Macam Bayi

11-4-2022 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1684| Komen: 11

LONDON – Seorang banduan transgender di Scotland yang menerima hukuman penjara seumur hidup dilaporkan bermain dengan anak patung di sebalik jeriji besi dan mendapat makanan yang dikisar selepas meminta diperlakukan seperti seorang bayi, lapor akhbar Daily Star. 


Sophie Eastwood, 36, dijatuhi hukuman seumur hidup pada 2004 selepas dia menggunakan tali kasut untuk menjerut rakan selnya.

Banduan itu kini memaklumkan gabenor penjara Polmont, tempat dia ditahan bahawa dia ingin dilayan seperti seorang bayi termasuk memakai lampin dan memakan makanan yang dikisar seperti makanan bayi.


Foto: Daily Record

Eastwood juga meminta pegawai penjara untuk memegang tangannya ketika dia dibawa keluar dari selnya.

Ketua-ketua penjara tersebut difahamkan memandang serius akan tuntutan itu serta memikirkan protokol yang boleh diwujudkan untuk berurusan dengan banduan berkenaan.

“Banduan tersebut sukar dikawal dan memanipulatif selama ini yang menjadi sebab dia masih berada di dalam dalam penjara selepas 17 tahun. Perkhidmatan Penjara Scotland jelas tidak mempunyai protokol untuk menguruskan banduan yang memutuskan bahawa mereka ialah bayi,’’ jelas seorang sumber.

Eastwood dipenjarakan pada 2004 kerana memandu secara berbahaya. Sebulan sebelum dibebaskan, dia mencekik rakan selnya, Paul Algie, 22, pada tahun yang sama. 

Eastwood berkata, ketika menyertai sesi psikologi pada 2016, dia menyedari bahawa dia bukan seorang lelaki homoseksual, sebaliknya merupakan seorang wanita. Dia juga mengambil ubat yang menghalang pengeluaran hormon testosteron.

Dia telah hidup sebagai wanita di penjara selama empat tahun dan menamatkan tempoh minimum penjara 15 tahun pada 2019. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-4-2022 08:45 AM
Transnita jadian?

Quote batu kikir 11-4-2022 09:19 AM
Meh sini penjenayah tu.  Biar aku hempok kau tinggal separuh nyawa......biar sedar kau tu jantan bukan betina,  kau tu penjenayah, kau tu dah tua.........bayilah konon
Quote eyansss 11-4-2022 11:09 AM
gigih bunuh cellmate sebab nak sambung duduk penjara...
Quote darkness 11-4-2022 11:32 AM
Mentallnya ko. Dah tiba2 pula nak jadi baby dah kenpa? Baguslah penjara tak layan dia ni. Dah masuk.penjara, makan tax org..menyusahkan lagi dgn perangai mengada ngada
Quote anony-mous 11-4-2022 12:15 PM
Edited by anony-mous at 11-4-2022 12:17 PM

“Ketua-ketua penjara tersebut difahamkan memandang serius akan tuntutan itu serta memikirkan protokol yang boleh diwujudkan untuk berurusan dengan banduan berkenaan.”



Plg bodoh pegawai2 penjara tu la jd enabler. Semua permintaan dia ko layan. Patut dah kena hukuman mati atas kerusi electric. Clearly jantan ni psiko
Quote lattehazelnut 11-4-2022 02:02 PM
Haha ni nak kne masuk insane asylum bukan jail..
Maybe npd..

2018 claim transgender

2021 play trans card
Quote dani-rox 11-4-2022 04:08 PM
tu la... tunduk lg dgn agenda libtards. JK Rowling tersenyum sinis
Quote matchstick 16-4-2022 11:52 PM
Mohon pegawai penjara bersaiz gundu pijak je makhluk ni smpi mati
Quote supernaturalee 17-4-2022 12:39 AM
Seronok jd lauk ape kt dlm tu
Quote liyamariska 17-4-2022 03:48 AM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote kitmal 17-4-2022 04:58 AM
mental dia ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061922 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top