CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Tiru BTS, Da Unknown Kecil Hati Digelar Kumpulan Baru Akil Baligh

11-4-2022 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3786| Komen: 45

Kumpulan Da Unknown mengakui kurang senang dengan tuduhan netizen kononnya mereka meniru kumpulan Kpop terkenal dari Korea Selatan iaitu BTS.

Lebih menyakitkan hati apabila kumpulan dianggotai oleh lima jejaka muda ini turut digelar kumpulan baru akil baligh.

Mengakui terkesan dengan kritikan itu, Da Unknown yang dianggotai oleh Momo, Mary Haf, Izmeer, Ameer dan Zaq menegaskan mereka mempunyai identiti sendiri.

Foto: IG

"Ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan 'berkiblatkan' BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.


"Kami akui terasa, siapa tak terasa bila dikritik sebegitu? Kami dah berusaha keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.



"Mengenai BTS, kami tak tiru langsung pun. Kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja!

"Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang," kata Momo kepada mStar.

Kumpulan Da Unknown ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.



Selain Da Unknown, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Dalam pada itu, Da Unknown turut mengakui lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali berbanding diri mereka memandangkan ia tular di platform TikTok.




"Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

"Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

"Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami," kata Haf pula. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-4-2022 08:27 AM
teringat max 24/7
apa kaboooo gayah2 tu sekarang
Quote lasagna 11-4-2022 08:41 AM
ntoh tak kenal.. kot ckup 7 org mau sejibik sejibun barangkali. moga maju jaya lah ya group ni.
Quote tomaz 11-4-2022 08:49 AM
Mmg unknown sgt hahaha
Quote hyie 11-4-2022 08:59 AM
sebelum ni pun ada satu group lelaki ala kpop kan? tak pasti sebelum atau selepas kemunculan Dolla. Namun sendu sehingga kini tanpa berita.
Quote Thunderclouds 11-4-2022 09:13 AM
Max 247 senyum sinis
Quote HoneyManjer 11-4-2022 09:23 AM
ko nak sangat jadi artis..hadap je la komen nurtijen...
mmg challenging jadik retis zaman sekarang...
kaluv u r not into this challenge takyah jadik retis...
g carik keje opis...keje tu pun susah jugak sbb ade acik bawang yg suka ngata kat ko...
so takde bende mudah dalam donia nih...
Quote salimrock 11-4-2022 09:28 AM
nakkomenjugak replied at 11-4-2022 08:27 AM
teringat max 24/7
apa kaboooo gayah2 tu sekarang

aku tak pernah dgr, tadi jugak aku search


Pada awalnya 12, kini 10 ahli MAX 24:7 mula membuka sayapnya untuk terbang tinggi di negara kita. 10 orang jejaka muda, Kim , Hans, A'ar, Fifie, Iym, Ob, Virgo, Mierul, Jaq dan Eykal. Masing-masing mempunyai kebolehan sendiri dalam kumpulan ini. Dari segi nyanyian dan juga tarian. Tertubuhnya kumpulan yang berasaskan tema M-POP ini pada setahun yang lepas dibawah bimbingan penyanyi/penulis lirik Aesar Mustafa.




wtf? 12 orang diorang ni nak buat team bola ke apa?  apa hauk sgt ko ni max, dlm 12 orang 1 pn tak poplar,





Quote lucky_peace 11-4-2022 09:28 AM
X kisah la tiru ke apa ke, cuma biarlah betul2 semenggah… tgk mcm dolla tu even awal2 org kata tiru blackpink, tapi mmg betul2 berjenis2… photoshoot letop, bergambar kt majlis letop, dressup pon bergaya habis.. mv pon letop…
Quote Thunderclouds 11-4-2022 09:30 AM

Max 247 kem salam
Quote dekmieDandy 11-4-2022 10:44 AM
lagu diorang best jugak kan, lagu tersakiti tu

suria fm selalu dok ulang lagu tu

mula-mula ingat ke insomniacks yang nyanyi
Quote chekacheku 11-4-2022 10:44 AM
Hahahaha..br nk perkenal sudah terselam..adoi adik2 mana dtg ni..konpiden level tu sgt dikagumi ye..
Quote deebiz14 11-4-2022 10:51 AM
Astaga ...blanjer ape sebenarnya inihh ?   
Awat gelap? Kasi la terang kalau nak tayang puteng2 tu pun.

Nyway, good luck la Da unknown. Mohon next year takde la still unknown ya.
Quote heythere123 11-4-2022 11:12 AM
netizen pon, awat samakan dengan bts. Kasi la nama nugu lain, at least takde la sedih sangat sebab sama2 nugu di tanah air masing2
Quote selipar_hijau 11-4-2022 11:13 AM
Thunderclouds replied at 11-4-2022 09:13 AM
Max 247 senyum sinis

Yg depan sekali tu ayoo.. aku carut dlm hati je la wei
Quote Campanula 11-4-2022 11:25 AM
BTS pun kurang senang dik kalau diorang tau netizen samakan korang cam BTS..hheheehe..good luck semua semoga berjaya dan terkenal one find day
Quote tobobon 11-4-2022 11:27 AM
nakkomenjugak replied at 11-4-2022 08:27 AM
teringat max 24/7
apa kaboooo gayah2 tu sekarang

ada sorang tu dah semakin sado..jual ubat kuat kat ig gituh...amin ker apa ntah nama dia
Quote keys 11-4-2022 11:29 AM

Kenapalah up semula gambar ni. Lama dah aku tak kemurungan
Quote uori 11-4-2022 11:36 AM

astaghfirullah al azim
Quote alieyrina 11-4-2022 11:42 AM
Kau boleh freestyle mcm dak2 trainee A, buat lagu sendiri boleh la nak claim .. asal pakai baju stail n buat rambut mcm depa tak jadi dikkk

Comel ja nari lompat2 gitu ekk

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076207 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top