CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sherry Ibrahim Perhabis Duit Simpanan, Jual Barang Salon Semata-Mata Nak Bagi Pekerja Gaji

11-4-2022 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18029| Komen: 194

Menguruskan perniagaan salon rambut miliknya sendiri, pelakon Sherry Ibrahim akui melalui waktu sukar ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Disebabkan tidak boleh beroperasi, Sherry, 39, berkata, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk membayar sewa kedai dan gaji kakitangan.

Foto: IG

“Tidak mudah sebenarnya menguruskan perniagaan sendiri dan saya pernah melalui situasi zero income ketika pandemik sebelum ini.

“Lebih teruk lagi saya juga terpaksa berpindah lot kedai dan pastinya memerlukan banyak duit untuk ubah suai kedai baharu dan lama.

“Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon,” katanya kepada mStar.



Biarpun berdepan kesukaran, Sherry berkata, dia cuba mempertahankan perniagaan itu demi kakitangannya.

Dia bersyukur berkat doa dan usaha akhirnya perniagaan itu kini sudah boleh kembali beroperasi seperti biasa.



“Ketika berdepan dengan kesukaran itu saya harus fikir juga tentang nasib kakitangan jika mereka diberhentikan.

“Saya percaya jika kita sorang majikan sayang akan kakitangannya, mereka akan lebih menghargai kita. Mereka masih lagi bekerja sehingga hari ini.

“Waktu sukar saya sentiasa berdoa dan syukur urusan dipermudahkan dan duit sentiasa datang,” ujarnya.



Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya seni, Sherry memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet yang bakal dijadikan OST sebuah drama.

Menurut Sherry yang merupakan salah seorang peserta The Masked Singer (TMS) musim kedua, program tersebut telah membuka matanya untuk lebih menyerlahkan bakat dalam bidang nyanyian.



“Penyertaan dalamn TMS telah membuka hati saya untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Bukan bermakna saya tamak dan nak buat semua perkara, tetapi saya mahu serlahkan bakat dalam bidang nyanyian ini,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 11-4-2022 08:24 AM
cantik awaa.....
Quote lasagna 11-4-2022 08:31 AM
ni bkn cite lama ke? awat laa baru skrg reput nk keluar kan.. sheol baik2 jer skrg dgn saloon nya yg berkonsepkan muslimah ittew, prnh pegi, ok serbisnya terbaik
Quote minahmanja 11-4-2022 02:33 PM
kenapa la dia putus ngan bamtah dlu ek..
Quote tulip-rain 11-4-2022 02:54 PM
Sherry taknak keluarkan ape2 produk ke sekarang?
Mesti laku.
Sbb sheols skrg disayangi acik2 forum sejak masuk tmsm2. Dipuji2 lagi. Baik hati ape semua.
Sampai ade acik forum pelik kenapa dia tak berjodoh dgn fattah sbb dia nampak baik
Kalau iols yg tulis camtu mesti kena kecam.
Quote Fazzbulous 11-4-2022 03:06 PM
tulip-rain replied at 11-4-2022 02:54 PM
Sherry taknak keluarkan ape2 produk ke sekarang?
Mesti laku.
Sbb sheols skrg disayangi acik2 forum ...

balik2 nk relate ngn bamtah...move on la sis..
Quote tulip-rain 11-4-2022 03:20 PM
Fazzbulous replied at 11-4-2022 03:06 PM
balik2 nk relate ngn bamtah...move on la sis..

Tengok. Kikikiki
Komen atas tu uols tak nampak pulak kan.

Uols pergilah baca thread tmsm2 tu. Bukan iols yg tulis camtu tapi forumer2 lain. Pergilah suruh diorang move on jugak.
Quote mizruncing 11-4-2022 03:41 PM
dia ni susah gak ek dlm berjodohan. rupa ada. suara pon best gak klu jd penyanyi
Quote Pak.dolla 11-4-2022 03:48 PM
Dia ni bff jering jgk kan? Dulu mcm ada terbaca ada forumer tampal psl dia antara yg kenenkan jering dan kuda kan? Ms depa nak nk buat urusan kawin pun dia yg temankan jering kan pegi pej agamakan? Baikkan dia sahabat sejati.
Quote adelea 11-4-2022 09:11 PM
Pak.dolla replied at 11-4-2022 03:48 PM
Dia ni bff jering jgk kan? Dulu mcm ada terbaca ada forumer tampal psl dia antara yg kenenkan jering ...

Since ko bukak citer, sis nak tanya retis mana yg membela intan masa kena cerai ?
Macam xde je
Macam mostly influencer yg byk tolong
Quote awanearisu 11-4-2022 10:01 PM
Pak.dolla replied at 11-4-2022 03:48 PM
Dia ni bff jering jgk kan? Dulu mcm ada terbaca ada forumer tampal psl dia antara yg kenenkan jering ...

Kita baca pun begitu. Memang baik sangat. Sayangnya, jering tak mahu pula bermadu dengan beliau.
Harap persahabatan mereka berkekalan.
Quote anony-mous 11-4-2022 10:14 PM
minahmanja replied at 11-4-2022 02:33 PM
kenapa la dia putus ngan bamtah dlu ek..

I pulak rasa rugi dgn putus dgn serap moslem sbb nmpk serap syg sheol. Dgn bamtah xberapa sgt
Quote anony-mous 11-4-2022 10:17 PM
awanearisu replied at 11-4-2022 10:01 PM
Kita baca pun begitu. Memang baik sangat. Sayangnya, jering tak mahu pula bermadu dengan beliau.
...

I pernah berada di tmpt sherry ni. Puas la nk ckp dgn mmber ni tu laki org tp susah oi. Prempuan yg nk berlakikan laki org ni mmg akn bg 1001 alasan yach utk depa teruskan. Percaya lah. Laki i pon tau n xsetuju tindakan kwn iols tp she akn guna religion card. I cuma doa supaya x jadi je lah. Cuma kalau xjd, hidup dlm dosa pulak
Quote mendeluk 11-4-2022 10:21 PM
Sesiapa buka salon rambut tak banyak untung. Kalau tudung memang laku keras acik2 kan suka , lagi bila tengok orang memakai sejok hati kata
Quote mendeluk 11-4-2022 10:24 PM
anony-mous replied at 11-4-2022 10:17 PM
I pernah berada di tmpt sherry ni. Puas la nk ckp dgn mmber ni tu laki org tp susah oi. Prempuan y ...

Iols kekadang takot nak tunding jari kutuk kutuk org yang ambil hak org. Takut kau kutuk org, empat jari kena kat kau .… tak pun cucu anak2.

Curious jugak dgn perempuan yg rela jadi bini bernombor. Memang dah sayang lah ke?
Quote Kancilkering 11-4-2022 10:25 PM
anony-mous replied at 11-4-2022 10:14 PM
I pulak rasa rugi dgn putus dgn serap moslem sbb nmpk serap syg sheol. Dgn bamtah xberapa sgt

serap hheheheheehhehe klu berjodohan ngan sherry tu…..serap dh 3 cawangan kut
Quote anony-mous 11-4-2022 10:31 PM
mendeluk replied at 11-4-2022 10:24 PM
Iols kekadang takot nak tunding jari kutuk kutuk org yang ambil hak org. Takut kau kutuk org, empa ...

Mmg dah syg. Tp lama betul hubungan tu. Laki tu buat lambat2 jah. Nk tuding apo dah mmg fakta uols. Mcm jering tu jelas kan dia sendiri ckp nk extend masjid. Yg colig i lebih kurang gitu jugak la, nk bimbing sama2 gitu tp maksiat x tggal dan dia anti kalau org ckp pasal tidak patut poligami
Quote anony-mous 11-4-2022 10:32 PM
Kancilkering replied at 11-4-2022 10:25 PM
serap hheheheheehhehe klu berjodohan ngan sherry tu…..serap dh 3 cawangan kut

I rasa kalau dgn sherry, serap mgkin setia. Sbb yg bini 1st tu mcm kena paksa nikoh jah dgn sherry ni mmg serap syg betul. Hrap serap ambik sheol jd no 3
Quote mendeluk 11-4-2022 10:49 PM
anony-mous replied at 11-4-2022 10:31 PM
Mmg dah syg. Tp lama betul hubungan tu. Laki tu buat lambat2 jah. Nk tuding apo dah mmg fakta uols ...

Iosl rasa perempuan yg pilih untuk jadi bernombo ini sebab tau takkan banyak commitment kot. Pastu tau status suami dia , memang dah suami org. So dia takde waswas..
Quote auntyonion 11-4-2022 10:54 PM
minahmanja replied at 11-4-2022 02:33 PM
kenapa la dia putus ngan bamtah dlu ek..

Rasanya putus sbb fattah muda sgt lg cmtu..xready nak komitmen..lagipun nak senangkan family dia dulu..sherry nak setel down cepat..takpelah jodoh xde..masing2 da bahagia dgn bahagian masing2

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top