KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bayi berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah rumah di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Menurutnya, siasatan awal mendapati individu yang juga bapa kepada mangsa itu telah memberikan susu kepada bayi lelaki itu pada jam 2 petang semalam sebelum meninggalkan mangsa seorang diri untuk keluar bekerja.
"Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu kembali ke rumah kira-kira dua jam kemudian dan mendapati anaknya tidak bernafas," katanya ketika dihubungi di sini. Mohamad Fakhrudin berkata mangsa kemudiannya dihantar oleh bapanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada kira-kira 4.20 petang namun, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian mangsa. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (A) Akta Kanan-Kanak 2001 dan lelaki berkenaan ditahan reman empat hari sehingga 13 April ini. – CARI Sumber: Bernama
|
prettyuglybabe replied at 11-4-2022 09:23 AM
mak baby tu mana?
green~tea replied at 11-4-2022 09:34 AM
Elok la mati.. kurang sikit populasi keturunan pati...
Bapak dia bukan mampu nak jaga pun, mesti m ...
green~tea replied at 11-4-2022 09:34 AM
Elok la mati.. kurang sikit populasi keturunan pati...
Bapak dia bukan mampu nak jaga pun, mesti m ...
anony-mous replied at 11-4-2022 02:59 PM
Kejam tp mmg jujur dari isi hati kan? Penat nk atasi masalah pati n rohingya
green~tea replied at 11-4-2022 08:41 PM
Jujur komen tu.. sbb sakit hati dekat si bapak CELAKA ni... gamak kau tinggal baby 3 bulan sorang2 ...
green~tea replied at 11-4-2022 08:41 PM
Jujur komen tu.. sbb sakit hati dekat si bapak CELAKA ni... gamak kau tinggal baby 3 bulan sorang2 ...
ADVERTISEMENT