Sejak dari awal kemunculan Burung Hantu di pentas The Masked Singer Malaysia musim kedua, peminat program tersebut sudah dapat meneka pelakon dan penyanyi Hanna Delisha adalah identiti di sebalik kostum berkenaan.
Menunjukkan kemampuannya membawakan lagu rap menyebabkan ramai mengagumi bakat selebriti kelahiran Singapura tersebut.
Memetik laporan Kosmo, peminat wanita itu belum puas mendengar lantunan suaranya meminta wanita itu tampil genre tersebut.
Sehingga kini, masih ramai yang memperkatakan dan memuji corak persembahan Hannah. Malahan, ada juga antara netizen yang baru tahu wanita berusia 26 tahun itu sebelum ini adalah seorang penyanyi.
Netizen menyifatkan Hannah sudah pun membuktikan bakatnya ketika menyampaikan lagu Haa Tepok yang dipopularkan oleh Meerfly dan MK K-Clique itu.
Beberapa rakan artis seperti Mira Filzah, Azira Shafinaz dan Sophia Liana turut memuji persembahan Hannah.
Dengan permintaan tinggi itu, mungkin akan ada komposer yang akan memberikan lagu berkualiti kepada Hannah atau penyanyi yang menawarkan kolaborasi dengannya.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Imam Shah pada 18 Februari 2021. Hannah mula bertudung pada 2020.