Pada 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.
Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah. Gempa bumi kuat itu 'hadir' bersama tsunami dengan ketinggian maksimum antara empat hingga enam meter. Akibat daripada bencana alam itu, lebih 1,200 individu dilaporkan terkorban, selain bangunan-bangunan di kawasan sekitar runtuh akibat dibadai ombak tsunami.
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat digerakkan ke kawasan terjejas. Kini, selepas hampir empat tahun, 'amukan alam' itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat. Tetapi menariknya, di sebalik insiden itu, lokasi tersebut kini menjadi antara kawasan popular untuk orang awam melakukan aktiviti ngabuburit. Ngabuburit adalah istilah tempatan, iaitu merujuk kepada waktu menunggu berbuka puasa. Ia lazimnya diserikan dengan pelbagai pengisian acara seperti persembahan nasyid, tazkirah, seminar ilmiah dan juga aktiviti budaya serta riadah. Mereka yang hadir di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang merakam swafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman. Masjid tersebut yang masih berdiri kukuh antara bukti betapa dasyatnya kesan akibat tsunami. “Seronok ngabuburit di sini, dengan pemandangan alam yang indah,” kata salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Ahmad, seperti dilapor ANTARA. Ahmad menambah, pemandangan yang menakjubkan itu disifatkan sesuai untuk meluangkan masa menunggu waktu berbuka, selain menyajikan pemandangan alam yang menakjubkan. Seorang lagi pengunjung, Arsyad pula berpandangan, dia lebih suka kawasan pantai untuk ngabuburit berbanding tempat lain seperti bukit, kedai kopi, atau kafe. "Rasanya lebih baik menunggu waktu berbuka di sini. Sambil menunggu, kita boleh menikmati bayu laut dan ombak sambil melihat nelayan menangkap ikan," ujarnya. Sumber: Awani
|
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 11:26 PM
Garuburit tu yang tak menahan tu
sharlenetexas replied at 8-4-2022 11:27 PM
Menyemburit itu dosa.
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 11:29 PM
Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis
sharlenetexas replied at 8-4-2022 11:31 PM
Ex kpn kata tak dapat cam identiti pelaku.
imransulaiman replied at 9-4-2022 06:06 AM
Kampung halaman asal kak @Buritan ke ni?
ADVERTISEMENT