CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyka Farhana Tak Hormati Ramadan? "Saya Post Gambar Tu Sebab Kerja"

8-4-2022 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3293| Komen: 7

“Saya ‘post’ (muat naik hantaran) sebab kerja, bukan suka-suka”.

Demikian respons spontan pelakon cantik Eyka Farhana berhubung kecaman netizen terhadapnya selepas memuat naik beberapa foto seksi dalam Instagram sekali gus disifatkan tidak menghormati bulan penuh mulia, Ramadan.



Kredit foto: IG Eyka

Eyka berkata, sebenarnya tiada isu yang perlu ditimbulkan kerana gambar tersebut diambil sebelum kehadiran bulan puasa lagi dan terpaksa memuat naik disebabkan komitmen kerja.

“Gambar tersebut sebenarnya diambil ketika sebelum bulan Ramadan dan saya memang kena post (muat naik hantaran) sebab melibatkan kerja.


“Saya pun macam manusia biasa dan wanita Islam lain juga yang tahu jaga batasan di bulan mulia ini,” katanya.


Kredit foto: IG Eyka

Dalam pada itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, berkata, dia juga bukan manusia hipokrit yang mahu berpura-pura di sebalik pakaian hanya kerana mahu mengikut kemahuan orang sekeliling.

“Kalau cakap bab seksi ini, itu subjektif dan terserah kepada mereka untuk kata apa saja. Ada je yang bertudung dan pakai setakat pakai baju-T saja, tapi tetap dilabel seksi disebabkan pandangan seseorang itu.

“Lagi pun dari dahulu lagi saya memang begini (seksi). Bukan baru setahun dua. Saya pun tak kisah apa peminat nak kata dan kenal saya dengan cara macam mana,” ujarnya.


Kredit foto: IG Eyka

Terdahulu, perkongsian pelakon drama Bila Hati Memilih Dia memakai dress berwarna hitam yang menampakkan bahagian lengan, ketiak serta paha mengundang kecaman netizen.

Rata-rata menegur penampilannya itu yang disifatkan kurang sesuai dan tidak kena pada masanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 8-4-2022 11:21 PM
Ramai sgt setad setazah jadian berkompol kat ig retis2..yawnnnnn
Quote Gokuuu 9-4-2022 03:43 AM
Polis aurat di mana2 saja...
Hanya buat spot cek di ig2 artis dan keluarkan waran kecaman...
Please get a life lah!!! Hidup ni hanya utk sexualize body org saja ke...
Quote mendeluk 9-4-2022 01:44 PM
Gokuuu replied at 9-4-2022 03:43 AM
Polis aurat di mana2 saja...
Hanya buat spot cek di ig2 artis dan keluarkan waran kecaman...
Please  ...

Aipppp jgn kata gitu. Menegur adalah WAJIB. Rasanya netizen mengharap kita semua pakai macam penyanyi adik Wani Syaz itu kot baru masyallah bidadari cantik
Quote AKAZ85 10-4-2022 09:31 AM
Bohsia budak sekolah ni
Quote Kancilkering 11-4-2022 05:47 AM
tahan tahan le sket seksi tu klau x pun creative lah sket bab bab endorsement ….amelia awek aeady tu pun super duper sexy …pun tau respect bulan ….ramadhon
teringat saapa tu insta femes tu yg pondan fairose apa nama tu ngan kuncu kuncu dia org posing seksa time time bulan pose….
Quote LadyCarefree 11-4-2022 06:13 AM
Irl hauk je dia ni. Muka je oklah cantik juga. Badan macam budak darjah 5. Kaki bentuk hauk lagi peta2. Pernah jumpa dia ni sombong.
Quote mawarika 11-4-2022 07:31 AM
Dia pakai seksi pun tak seksi la. Kudut sgt. Netizen skg makin over. Bior la sukahati dia nak pakai apa tu. Korang jaga mulut jaga jari. Pakai tudung tp mulut puaka. Yg lelaki pun sama. Acah setad tp tembak dinding. Eh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058487 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top