Ebby Yus, berkongsi perkembangan terkini rumah baharunya yang sebelum musnah akibat banjir teruk yang berlaku di Selangor, beberapa bulan lepas.
Menurut Ebby, rumahnya kini masih sedang dalam proses pembinaan secara perlahan-lahan. Pelakon filem I Know What You Did Last Raya itu bagaimanapun memberitahu rumah tersebut tidak seperti yang diimpikan sebelum ini. Namun, dia tetap menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan segala perancanganNya yang baik-buat buat dirinya.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah. Rumah saya itu sedang perlahan-lahan dibina. Insya-Allah mungkin tidak lama lagi rumah saya boleh disiapkan. “Tetapi tidak seperti yang saya impikan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada. “Mungkin mustahil untuk kita dapat semula bagaimana yang kita impikan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT