CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Bakal Benci Sangat Dengan Emma Maembong Dan Nadhir Nasar

8-4-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3206| Komen: 18

Mengangkat tema penderaan terhadap golongan lelaki yang jarang didedahkan masyarakat merupakan satu tugas yang berat.

Memandang isu tersebut sebagai satu hal yang semakin meruncing, pengarah terkenal, Hadith Omar mengakui memikul tanggungjawab yang berat untuk memaparkan kes penderaan membabitkan suami isteri kepada para penonton.


Foto: Kosmo

“Tema tersebut bukan genre kebiasaan yang saya sering pertontonkan kerana isunya sangat sensitif dalam kalangan masyarakat.

“Jarang kita mendengar kisah suami didera dikongsi masyarakat kerana bagi mereka, perkara tersebut memalukan,” kata Hadith dalam sidang media virtual drama berkenaan baru-baru ini.


Bagi mendapatkan jalan cerita yang lebih realistik, Hadith juga banyak melakukan kajian tentang kes-kes melibatkan keganasan rumah tangga dan melibatkan fatwa dan hukum.


Foto: Kosmo

“Naskhah ini mencabar kreativiti saya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan pada bulan Ramadan. Kami juga lakukan kawalan supaya sesuai ditonton pada bulan mulia.

“Untuk hasilkan naskhah ini, saya tak boleh ambil mudah atau sambil lewa. Oleh itu, saya banyak membaca mengenai cerita alam perkahwinan yang dikongsi orang ramai.

“Drama ini untuk mendidik para penonton mengenai isu penderaan dalam kalangan suami isteri. Keganasan bukan sahaja boleh berlaku kepada si isteri tetapi juga suami, namun jarang diketengahkan,” tambahnya panjang lebar.

Sebagai pengarah, Hadith juga meluahkan rasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat dan berjaya menjiwai setiap watak dengan cemerlang.

“Untuk drama ini, penonton akan rasa sangat benci dengan watak Hawa lakonan Emma Maembong dan Erfhan yang dipegang oleh Nadhir Nasar.

“Kedua-dua watak ini merupakan pelaku kes penderaan terhadap pasangan masing-masing. Penderaan yang mereka lakukan secara mental dan fizikal,” katanya lagi.


Foto: Kosmo

Sementara itu, pemegang watak utama iaitu Fikry Ibrahim yang menjayakan watak Adam berpendapat, kes melibatkan keganasan rumah tangga terhadap golongan suami sememangnya berlaku tetapi jarang diberikan pendedahan.

“Sebagai seorang pelakon, isu ini dikupas untuk memberi kesedaran kepada para penonton bahawa bukan hanya isteri tetapi golongan suami juga turut didera.

“Tanpa sedar, drama ini turut mengangkat subjek tentang isu kesaksamaan gender dalam kalangan masyarakat.

“Ramai yang berjuang untuk mendapatkan kesamarataan gender tetapi realitinya kita menolak hal tersebut.

Sama juga seperti kes dera, banyak perhatian diberikan terhadap kes suami dera isteri tetapi apabila berlaku terhadap golongan lelaki, kurang pula diberikan berhatian,” ujarnya lagi.

Nusyuz Berkiblat Cinta yang mula bersiaran pada Ahad lalu pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria dibintangi Emma, Fikry, Nadhir Nasa dan Shaza Bae. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-4-2022 03:46 AM
Cerita macam best.. Tapi tak sanggup nk tgk Dua2 watak ni me jerit2, pukul 2
Quote ladyzens 11-4-2022 02:40 PM
iols tergelak betul masa episod 2, si emma ni jerit kat tok kadi tu haha
Quote rotiban 11-4-2022 04:01 PM
meols layan cite ni..best
tapi x tahan dgn ketololan & ketongongan watak fikry ibrahim & shaza bae
ada ke org tolol & tongong mcm ni dlm dunia?
emma berlakon best.. menjadi watak dia
nadhir pon ok..asik nak 'on' je keje dia
Quote anony-mous 11-4-2022 04:55 PM
Perawankota replied at 9-4-2022 03:46 AM
Cerita macam best.. Tapi tak sanggup nk tgk Dua2 watak ni me jerit2, pukul 2

I tgk the Penthouse yg Kdrama tu , i xtau la mcm mana org boleh layan smpai berseason2. Episode 1 je dah serabut duk terjerit2 panjat meja la. Xlogik sgt cerita tu. Kalau yg anti drama melayu selalu ckp drama melayu xlogik, kdrama pon boleh tahan xlogiknya.
Quote jiwakacau06 11-4-2022 04:56 PM
rotiban replied at 11-4-2022 04:01 PM
meols layan cite ni..best
tapi x tahan dgn ketololan & ketongongan watak fikry ibrahim & shaza bae
a ...

pmpuan ada... klau laki xmgkin..sekali debik pgsan
Quote annehuda 11-4-2022 05:01 PM
anony-mous replied at 11-4-2022 04:55 PM
I tgk the Penthouse yg Kdrama tu , i xtau la mcm mana org boleh layan smpai berseason2. Episode 1  ...

samelah i try gak layan citer tu. tak sakit mata ke pelakon2 die dok terjegil2 mcm tu
Quote cicicumel 11-4-2022 05:19 PM
Nadir tu igt hesmes ke rambut pnjg mcm geng indon buruh kontrak je... Kering, kejung. Xleh ke kemas rambut. Heols pn muka not bad. Tp seiras dgn aniq suhai.
Quote jijilaaa 11-4-2022 05:33 PM
ak geram dgn watak fikry tu...bodoh amat smpai ketepikan mak cenggitu sekali. tp in real life aku pun ada sorang kawan camni....smpaikan if dia cite pasal dia control husband dia..kami masing2 buat pekak je malas nak layan...dia cam bangga boleh buat suami dia patuh cakap dia
Quote kerz 11-4-2022 08:09 PM
Sjak cite andainya takdir tayang bulan posa dulu meols perasan org kita suke drama mcm ni..spesis lakonan jerit marah pukul meroyan menangis merana menderita..dpt rating tinggi..setiap kali posa mesti drama main emosi kaw kaw..dah ni taste ummah meleis...tk payah nak buat crime penyiasatan medic apa bagai cam drama korea...org kite suke beremosi tak suke pikior berat2
Quote kerz 11-4-2022 08:12 PM
anony-mous replied at 11-4-2022 04:55 PM
I tgk the Penthouse yg Kdrama tu , i xtau la mcm mana org boleh layan smpai berseason2. Episode 1  ...

Sama la cukup skali meols.layan ep 1 penthouse hauk tu...apa yg hype sgt pun meols tatau...siap ada flying kick hujung2 drama terus meols cop penthouse drama bodoh lakonan bertaraf pprt..baju lawa2 tp perangai cam org takde tamadun..jerit sana sini..stress
Quote rayna_raynes 11-4-2022 08:52 PM
rotiban replied at 11-4-2022 04:01 PM
meols layan cite ni..best
tapi x tahan dgn ketololan & ketongongan watak fikry ibrahim & shaza bae
a ...

oh shaza bae ke pompuan tu.

aku terfikir kenapa muka pompuan ni familiar tp aku tak ingat nama dia


Quote anony-mous 11-4-2022 09:35 PM
kerz replied at 11-4-2022 08:12 PM
Sama la cukup skali meols.layan ep 1 penthouse hauk tu...apa yg hype sgt pun meols tatau...siap ad ...

Mmg ada vibes pprt. Nak2 masa buat ala-ala “party” dkt penthouse tu i rasa murahan sgt. Ada yg duk main golf, ada yg duk mabuk mcm x ikhlas mabuknya. Yg 2 ketul sibuk curang secara tiba2. ID dlm rumah pon hmmm . X ada pulak technology tggi nk gmbarkan org2 ni betul2 kaya. I terkejut part mak yg miskin tu panjat2 meja sepak juri ke pibg. Pprt sgt!! Lepas tu geram budak yg miskin nk menyanyi tu sedap2 gunakan piano ank orka yg mmg tentu2 ayah dia belikan utk dia guna kat sekolah. Sbb tu kot ramai suka sbb cerita dia level acik2 bawang. Dpt jugak rant dkt sini. Kalau openly, tau2 je la kdrama fans ni mcm mana.

Then i tgk ep1 TWOM (the world of married) ok sikit x ada jerit2. Tp nk smbung ep3 mcm berat sbb yg doc prempuan kena tipu dgn laki dia mcm xkisah ditipu
Quote anony-mous 11-4-2022 09:36 PM
kerz replied at 11-4-2022 08:09 PM
Sjak cite andainya takdir tayang bulan posa dulu meols perasan org kita suke drama mcm ni..spesis la ...

Sbb tu Penthouse tu ramai acik2 suka sbb terjerit2 sana sini.
Quote dejure 12-4-2022 01:46 AM
Undang2 kat malaysia bila melibatkan rumahtangga mmg berat sebelah..selalu lebihkan perempuan dari lelaki.walhal mmg wujud pon jenis perempuan yg mcm ni dlm rumahtangga.aku pon tak faham knp bila hal rumahtangga selalunya side perempuan yg akan dpt perhatian dari lelaki.
Quote Perawankota 12-4-2022 02:35 AM
anony-mous replied at 11-4-2022 04:55 PM
I tgk the Penthouse yg Kdrama tu , i xtau la mcm mana org boleh layan smpai berseason2. Episode 1  ...

Nasib baik lah x Minat sgt tgk kdrama.. Yang pernah layan pon Hotel Del Luna je, sbb citer mcm dark fantasy mcmtu.. Yang lain mmg x tgk...
Sebenarnya stress tau nk bawak watak2 jerit2 ni
Quote hangdenim 12-4-2022 03:49 AM
Terpaksa puji lakonan shaza bae & nadhir dalam ni. Believable betul, especially shaza tu. Sebab before ni iols tak syok sgt tgk sheols berlakon. Tapi drama kali ni memang bukti sheols berbakat. Nadhir pun onz samgat jadi suami abusive. Tak padan dgn muka remaja, but so the believable, i loike.
Quote minahgempal 12-4-2022 07:32 AM
Edited by minahgempal at 12-4-2022 07:33 AM

Sakit hati sgt tgk cieta nie..dua2 perangai hauk..
Quote MatDeghem 12-4-2022 07:38 AM
Cerita ini memalukan lawyer. Yg satu kena pukul dgn laki...walau kau bukan lawyer shariah...tapi common law letak bila kena hentam kaw2 dgn jantan ada undang2 to protect you.
Yg satu sewel...keje lawyer banyak Dan rumit. ada Masa ke jaga handphone suami....
Or are the lawyers in Malaysia macam ini.
Harus letak career mereka jadi opis manager je...memalukan career lawyer.
Pendapat bang mat je....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083658 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top