Baru-baru ini, seorang peniaga dari syarikat Vintage Sac My telah meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun Facebook syarikat itu. Peniaga itu mendakwa telah 'terpedaya' dengan 'terms and condition' syarikat kurier Lalamove sehingga menyebabkan syarikat itu kerugian ribuan ringgit. Loading FB Post...
Menerusi posting Facebook itu, peniaga ini memaklumkan bahawa mereka telah menghantar sebuah beg berjenama Louis Vuitton Locky BB Parcel in Blue Jean menerusi perkhidmatan kurier Lalamove. Sebelum ini mereka sering menggunakan perkhidmatan kurier itu dan seperti kebiasaan, driver Lalamove akan datang mengambil barang yang ingin dihantar untuk diserahkan ke rumah pelanggan. Namun apakan daya, barangan yang sepatunya dihantar itu terus 'lesap' setelah pelanggan complain tidak menerima sebarang 'parcel'. Keadaan menjadi lagi buruk apabila pemandu kurier itu juga telah lesap bersama parcel tersebut. Sebagai peniaga yang berintergriti, mereka secara rela hati membayar ganti rugi sebanyak RM6500 kepada pelanggan itu namun dalam masa yang sama juga mereka telah 'follow-up' dengan syarikat Lalamove berkenaan isu kehilangan barangan tersebut. Menurut peniaga, syarikat Lalamove dilaporkan telah memberi respon untuk melakukan siasatan mengenai isu tersebut namun selang beberapa hari, mereka telah menerima email yang mengecewakan. Syarikat kurier itu telah membalas email mereka dengan mengatakan peniaga tersebut tidak membeli insurans perlindungan dan hanya mendapat pampasan untuk kehilangan barang bernilai RM400. Namun menurut peniaga tersebut, mereka tidak menjumpai tab untuk membeli insurans perlindungan di laman web syarikat kurier tersebut. Yang membangkitkan lagi kemarahan peniaga itu adalah apabila pampasan yang diberikan cuma sekadar 'kredit' yang boleh digunakan untuk penghantaran barang kemudian hari. Oleh itu, pemilik perniagaan tersebut telah mengambil peluang untuk menasihatkan peniaga di luar sana lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan kurier dan membaca terlebih dahulu ‘Terms and Condition’ yang dipaparkan di laman web syarikat kurier itu. -CARI |
hareeeesah replied at 8-4-2022 11:52 AM
Aiyooo.. braninya theyolls ni. Kalau iols baik la self pickup or deliver sendiri jauh pun benda buka ...
SalenaGomez replied at 9-4-2022 09:57 PM
Sama mcm orang order online barang kemas…mmg xleh brain lah…either hilang time courier or seller ...
hareeeesah replied at 9-4-2022 10:16 PM
Kan..!! Kwn iols baru cite kwn dia ada duit tp tak berapa bijak percaya sgt tah mana dia jumpa kat ...
ADVERTISEMENT