CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Bersyukur Anak Sulung Berjaya Puasa Penuh

8-4-2022 11:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3823| Komen: 30|Original author: Tatod


Pelakon Datin Lisa Surihani meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Yahaira Leanne yang baru berusia tujuh tahun berjaya berpuasa penuh.

Aktres berusia 36 tahun itu berkata bukan mudah bagi anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga namun Yahaira berjaya melakukannya selepas berlatih berpuasa.

"Pada jam-jam terakhir sebelum tiba waktu berbuka, ia sangat sukar bagi Yahaira tetapi dia berjaya mengatasinya. Dia sendiri terkejut dan gembira kerana buat pertama kali dapat berpuasa penuh," tulisnya di Instagram.



Pada hantaran yang sama, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memuat naik gambar Yahaira yang tersenyum di meja makan bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa.



Lisa turut berterima kasih kepada individu yang memberikan petua untuk melatih anaknya untuk berpuasa.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry bergelar suami isteri pada Februari 2012. Selain Yahaira, pasangan itu mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Yusof Leonne, 5, dan Yunos Laith, 1. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 8-4-2022 11:36 AM
Baru berapa hari puasa, sabar kak
Quote hungryhenry 8-4-2022 11:38 AM
Keluarga bahagia kurniaan tuhan
Quote AshkieLa 8-4-2022 12:03 PM
muka Yahaira ni mcm muka maksu dia..
adik perempuan KRU...
Quote naina 8-4-2022 12:22 PM
Syukur masih kuat dan sihat
Anak iols 8 tahun baru belajar puasa tahun ni
So far masih penuh
Quote missbigrockstar 8-4-2022 07:54 PM
First day of siyam? Adoi lah terpaling Areb.
Sebut puasa/fasting dah ler
Quote annadonna 8-4-2022 10:38 PM
Biasalah tu umur 7 tahun budak2 dah larat dah puasa penuh asalkan dok rumah lebih banyak dari dok luar
Quote annadonna 8-4-2022 10:39 PM
missbigrockstar replied at 8-4-2022 07:54 PM
First day of siyam? Adoi lah terpaling Areb.
Sebut puasa/fasting dah ler

Sama aje lah org cakap mix malay english ke mix malay areb ke dia mix kan tiga tiga sekali melayu english arab
Quote Minami2013 8-4-2022 10:44 PM
Suka tgk conversation lisa ngan anak2. Proper english. Anyway, bagus lah dah ajar anak2 berpuasa. Penting utk ajar anak2 hormat bulan ramadan start dr umur awal2 ni. Kalau tak tahan, bagi je la berbuka makan. Sbb tau budak2.
Quote mendeluk 9-4-2022 12:32 AM
missbigrockstar replied at 8-4-2022 07:54 PM
First day of siyam? Adoi lah terpaling Areb.
Sebut puasa/fasting dah ler

Kadang itu nak berbahasa arab sebab nak tunjuk perubahan diri dah islamic
Quote Joysparta 9-4-2022 01:35 AM
Jgn nak terpaling sgggtt datin..u have a long way to go....
Quote vender 9-4-2022 02:39 AM
Dlm islam suruh anak umur 7 tahun solat penuh bukan puasa penuh. Rengsa tgk anak boss bee gigih paksa anak tahan lapar padahal budak tu merayu mintak makan dahla keding ko tak takut ke anak tu malnutrition? Cara didik anak kecik ni puasa cuma kejut bangun sahur sama2 je and puasa separuh hari yang yuk siang buka periuk je sudahla. tak perlu suruh budak tu kebulur. Yg penting time ramadhan ni lah nak ajar anak tu solat di awal waktu. #donejadiustazah
Quote midori_katana 9-4-2022 07:27 AM
Anak iols 8 tahun masih puasa half day.
Quote dua_chzy 9-4-2022 08:10 AM
Berjaya puasa penuh tapi bila udah besar pakai seksi tayang peha tayang lurah tak guns juga nak.
Quote SpyLeman 9-4-2022 08:20 AM
Sib baik Jah x wajibkan Billie puasa gak. Just bgn sahur. Melentur buluh biar dari Billie nya
Quote Potato_kering 9-4-2022 01:01 PM
Over kekadang tgk artis yg dok berarab buat caption. Takleh ke "sya bersyukur anak dpt berpuasa #doneriak.
Quote ezacbee 9-4-2022 02:20 PM
missbigrockstar replied at 8-4-2022 07:54 PM
First day of siyam? Adoi lah terpaling Areb.
Sebut puasa/fasting dah ler

Gigih aku translate. First day of fasting - أول يوم صيام



Quote acikhan 9-4-2022 02:44 PM
ank2 haku sorg 9 taun n sorg 7 taun setakat nie Okla puasa bangun sahur rajin semua n kalo dorg dtg bgtau boleh x nk minum air sbb x tahan haus x pun adik bongsu die sesaje show off air sedap Kat abg kakak die...haku ok je kalo x tahan g dapo minum air lgpun da half day kdg2 dorg pukul 1@2 ptg merengek nk air nk air...g lerrr Kat dapo minum airrr tu tp kalo da pukul 6 lbh nk merengek nk air haku suruh tahan dulu cikit je lg...
Quote msdummy.2018 9-4-2022 04:43 PM
dua_chzy replied at 9-4-2022 08:10 AM
Berjaya puasa penuh tapi bila udah besar pakai seksi tayang peha tayang lurah tak guns juga nak.

Ini winnn..btol kata sis chazey....
Quote z_k 9-4-2022 05:19 PM
ayahnya yahaira
tetap sedap mata
memandang since 1992

hihi

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.140892 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top