CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaafar Onn Tak Pus Hati Pelitup Muka Kena Cop SIRIM! "Bisnes Je Ni, Asyik Nak Kenakan Rakyat!"

8-4-2022 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3699| Komen: 23

Jaafar Onn, 71, nampaknya seiya sekata dengan pandangan masyarakat yang berasa hairan dengan keperluan pengumuman perwartaan penggunaan pelitup muka dengan cop SIRIM.


Menerusi sebuah hantaran yang dibuat di platform Tiktok semalam, Jaafar meluahkan rasa gusar dengan perwartaan tersebut yang dianggap tidak sesuai diaplikasikan memandangkan rakyat juga sedang bergelut untuk mencari sumber rezeki pada waktu ini.

Foto: IG

“Saya nak bertanyalah, adakah patut nak pakai pelitup muka yang ada cop SIRIM pula? Apalah? Benda ini menyusahkan orang. Selama ini tak pernah ada pun SIRIM itu? Kenapa pula sekarang nak begitu?

“Saya rasa ini semua bisnes saja ini. Ingat orang Malaysia ini kaya rayakah? Asyik nak kenakan duit pada kita semua. Orang nak cari duit pun susahlah. Apa benda nak cop SIRIM segala bagai?


“Selama ini tiga tahun tak pakai yang ada cop itu pun, tak ada apa. Mati lagi adalah,”katanya.



Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai pengikutnya di ruangan komennya dengan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh pengacara tersebut.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, pengikut dan netizen yang melontarkan komen menganggap perwartaan itu bukanlah satu keperluan selain melihat seolah-olah wujud pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan mengumumkan, berkuat kuasa 4 Julai depan, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.



Iia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, dua hari lalu.

Bagaimanapun, semalam, satu kenyataan baru telah dikeluarkan oleh KPDNHEP yang mengumumkan pula penangguhan implimentasi tersebut sehingga 1 Januari tahun hadapan.



Penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-4-2022 11:14 AM
Ntah knp i p baca tajuk ngn intonation pak jakpar bcakap
Quote dejure 8-4-2022 11:16 AM
Tak lama lg kena pakai yg menantu PM pula..
Quote @pip98 8-4-2022 11:36 AM
kenapa sekarang baru nak buat peraturan cop tu?
Quote akuMNdia 8-4-2022 11:54 AM
pasal cop sirim ni dah ditangguhkan ke thn depan kan??
so boleh lah stop merempan...thn depan sambung balik
Quote ezacbee 8-4-2022 12:51 PM
Ooo klo de cop SIRIM boleh elak covid ke? Kalau kita guna mask tu dan positif covid kita boleh saman gomen tak? 100k.
Quote umbut 8-4-2022 12:57 PM
Peniaga pengilang je yg di cek.. Org ramai x cek. Acik jaapar pki ler habiskan mask dari china tu dulu
Quote lasagna 8-4-2022 01:10 PM
yaa btul apa kata Abg J-Onn! apa benda lah semuanya nak di Sirim kan. Tak kan terus ada chop Halal Jakim plak ke? sudah2 laa tu. nti ada chop itu ini semua jd mahal naik harga.
Quote lasagna 8-4-2022 01:11 PM
- sori double post -
Quote JalaEmas 8-4-2022 01:13 PM
Maksdnye yg beli kf94 dr china yg mur2 order kat shopee da tak boleh guna ke tahun dopan?.. Haiyaa..
Quote kuzaime 8-4-2022 01:24 PM
Kulit muka acik japar masih tegang yachhh
Quote buapakperut 8-4-2022 03:57 PM
Tah2 sama ja import murmur dari shandung
Quote silampumeja 8-4-2022 03:59 PM
dejure replied at 8-4-2022 03:16 AM
Tak lama lg kena pakai yg menantu PM pula..

Mesti yg menantu dia antara yg awal dpt cop...
Quote ladyxez 8-4-2022 04:29 PM
ezacbee replied at 8-4-2022 12:51 PM
Ooo klo de cop SIRIM boleh elak covid ke? Kalau kita guna mask tu dan positif covid kita boleh saman ...

Eitt jgn 100k je, 1juta lah

Ni satu keje plk nk habis kan mask yg ada, dah beli banyak² ni.    Aku pakaikan kat kucing jadikan pampers kucing
Quote alieyrina 8-4-2022 07:22 PM
Aku tggu diva aa pulak maki depa tu..cepatt trigger dia
Quote Fly_over 8-4-2022 07:42 PM
haku ingat tak lama lagi dah boleh cabut mask. skaliiii makin kena denda yg xde cop. tangguh pulak smpai tahun depan. xde harapan la dlm masa tdekat ni nk cabut mask.
Quote cikgojesss 8-4-2022 07:59 PM
menceceh sebijik nenek-nenek felda generasi pertama..
Quote royaldanish 8-4-2022 09:13 PM
@pip98 replied at 8-4-2022 03:36 AM
kenapa sekarang baru nak buat peraturan cop tu?

Brand pertama yg akan lulus
Quote cap_ayam 8-4-2022 09:41 PM
JalaEmas replied at 8-4-2022 01:13 PM
Maksdnye yg beli kf94 dr china yg mur2 order kat shopee da tak boleh guna ke tahun dopan?.. Haiyaa.. ...

Kf94 ni kaka  suka pakai sebab selesa senang bernafas. Tapi tak beli kat shopee, kaka beli kat farmasi / kadang2 speedmart ada jual brand YukaZan.
Quote kitmal 8-4-2022 09:47 PM
setuju dengan JO...menyusahkan rakyat....dah covid masuk endemik baru nak perkenal mask cop sirim

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066471 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top