CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Alami Morning Sickness Teruk: Di Turki Elok Je, Dah Balik Malaysia Asyik Mual

8-4-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2013| Komen: 7

Bersyukur dan teruja bakal menimang cahaya mata pertama, pelakon Uyaina Arshad berkata, dia memilih untuk berkongsi berita kehamilannya selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat.


Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang kini hamil tiga bulan memberitahu perkongsian itu juga dibuat disebabkan perutnya kini semakin membesar dan tidak dapat disorokkan lagi.

Malah, pelakon berusia 30 tahun itu dan suaminya iaitu penyanyi Raja Syahiran turut mengharapkan doa daripada semua peminat mereka.


Foto: IG

"Sejujurnya saya rasa lain sebab sekarang ini pun dah masuk trimester kedua. Perasaan itu bercampur aduk, rasa bersyukur sangat dalam pada masa teruja juga.


"Kami berkongsi berita gembira itu pun sebab dah ramai orang bertanya. Mereka kata baby bump dah nampak ketara sangat. Jadi, kami ambil keputusan untuk beritahu secara umum.

"Alhamdulillah, ramai orang yang mendoakan, itu yang kami mahukan, doa daripada orang ramai," kata Uyaina kepada mStar.



Pada Sabtu lalu, pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi mengenai dirinya kini sedang hamil anak pertama menerusi laman Instagram miliknya.

Uyaina juga berkongsi keadaan dirinya mengalami alahan yang sangat teruk.

Bagaimanapun Uyaina memberitahu keadaannya menjadi lebih tenang ketika bercuti bersama suami di Tukri baru-baru ini.



"Ya Allah, nak cakap fasal morning sickness ini, memang trimester pertama itu agak teruk. Saya alami muntah-muntah tanpa henti. Kalau makan, mesti muntah balik.

"Selain itu, tak ada selera makan. Saya tak boleh nak buat apa-apa sebab badan tak larat. Banyak berehat saja di rumah. Bila dah masuk trimester kedua ini barulah rasa seperti sebelum hamil.



"Keadaan saya lebih tenang malah masa pergi bercuti di Tukri pun saya dapat berjalan-jalan dari pagi sampai ke petang. Cuma sampai saja Malaysia, baru ambil barang saya dah berlari cari tandas.

"Sebab tak tahan nak muntah, mungkin baby lebih suka dapat berjalan-jalan la kot. Bila balik Malaysia, jadi mual semula," ujarnya.

Untuk rekod, Uyaina melangsungkan pernikahan dengan Raja Syahiran di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-4-2022 10:42 AM
terpaling pengantin, terpaling try hard nak jadi 'IT' couple.....
Quote mamajawie 8-4-2022 10:50 AM
okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote ezacbee 8-4-2022 10:51 AM
Aku pun terasa loya..
Quote naina 8-4-2022 10:55 AM
Gigihnya bawa baju banyak2 semata2 untuk OOTD. Tak relax langsung. Haritu merangkak bukan sebab COVID ke? COVID+pregnant?
Quote nicolebaby 8-4-2022 12:07 PM
kat Turkey ko tengah happy happy honeymoon...so bila dah balik Malaysia hadap balik kerja...thats where stress start trigger sakit sakit tuhh
Quote AcikBuncit 11-4-2022 11:43 PM
Pttla teruk beno mse kne covid ritu maybe mse tu dh pregnant.. Dia ni suka btl style pakai skirt senteng n seluar ek
Quote nanasno 12-4-2022 09:30 AM
dia ni sampai sudah takde aura eh. mcm tak sampai. dia jadi ariani punya model sama2 ngn basic ngan bella daily tu pun mcm tak sesuai.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040683 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top