Pengguna yang layak boleh memohon pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan ansuran fleksibel dari 1 minggu hingga ke 12 bulan.
Namun, apa yang mengejutkan adalah kadar faedah tetap pinjaman tersebut adalah antara 8% sehingga 36% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman. Fuh tinggi betul! Meninjau ruangan komen perkongsian di halaman Facebook The Vocket, rata-rata netizen berpendapat ini adalah ‘jerat’ untuk orang ramai ke lembah kebinasaan kerana boleh membuatkan mereka muflis jika tidak mampu membayarnya kelak. Ahlong dah bermutasi dengan gaya baru! Tengok rate dah tau tak patuh syariah! Tidak dapat dinafikan, penawaran iklan pinjaman peribadi oleh Touch ‘n Go eWallet ini sememangnya menarik namun perkara utama yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan jangka panjang. Sesungguhnya walaupun ada duit lebih itu nampak macam satu idea yang menarik, pinjaman peribadi ada perangkapnya. Walaupun ia cara yang berguna untuk dapat sikit duit pendahuluan, ketahuilah pinjaman peribadi sebenarnya punca muflis NOMBOR SATU di Malaysia. Ini kerana telah ramai yang jatuh ke dalam perangkap dengan berpuas hati mendapat duit yang setimbun tanpa memikirkan sama ada mereka mampu bayar. Sebaiknya elakkanlah berhutang terutamanya membuat pinjaman yang mengamalkan riba. -CARI |
Gomea: Kalau yg spaylater kat shopee ...
ADVERTISEMENT