Baru-baru ini menerusi laporan Utusan, bakal isteri kepada penyanyi Aizat Amdan iaitu Elyssa Alia mengatakan bahawa hatinya mula menerima kehadiran penyanyi itu sebagai teman hidupnya setelah merasakan Aizat mampu menjadi imamnya. Menurut Elyssa, kemampuan dan pegangan agama Aizat yang cukup menguatkan lagi nalurinya bahawa Aizatlah lelaki tepat untuk dijadikan suami yang mampu membimbingnya ke jalan yang baik. Tambah Elyssa, Aizat merupakan lelaki pertama yang mengimamkan dirinya sewaktu bulan puasa tahun lepas. Buat masa ini Elyssa tidak dapat mendedahkan butiran info mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka berdua, namun dia mengaku majlis merisik sudah dilakukan pada 12 Februari lalu. Kata Elyssa, lebih baik jika berita itu diumumkan Aizat sendiri. Apabila ditanya mengenai perkenalan mereka, Elyssa berkata pada awalnya mereka hanya menjalin hubungan persahabatan dan sering menjadi 'teman makan' kerana kedua-duanya sukakan makanan. Tambah Elyssa, dia percaya perkenalan dan hubungan mereka sudah diatur cantik oleh Tuhan. Dia juga menganggap Aizat sebagai sahabat baiknya. Kini Elyssa membantu bakal suaminya itu mengendalikan syarikat Kasi Gegar Entertainment (KGE) milik Aizat dan tanggungjawab sebagai Pengurus Syarikat. - CARI
|
hotmak replied at 8-4-2022 09:57 AM
aizat put weight ke tu, alhamdulilah dpt yg membimbing moga kekal hingga akhir hayat
ADVERTISEMENT