CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Kongsi Video Masa Budak, "Memang Cantik Dari Kecil Eh?"

7-4-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9598| Komen: 63

Video zaman kanak-kanak yang dimuat naik pelakon jelita, Zahirah MacWilson di Instagramnya menjadi perhatian ramai di media sosialnya.

Melihat video yang dikongsikan Zahirah, aktres ini kelihatan manis dengan memakai baju kurung bagi menghadiri parti pakaian cantik yang dianjurkan oleh rakannya waktu itu.

Aktres ini mendedahkan ke semua rakan-rakannya memakai kostum puteri dari cerita Disney manakala dirinya pula memakai baju kurung seperti yang disuruh ibunya bak puteri Malaysia.

Foto: IG

“Ianya parti pakaian cantik. Semua kawan saya pakai kostum puteri Disney dan ibu saya suruh saya memakai baju kurung, seperti Puteri Malaysia."


Melihat video zaman kanak-kanak yang dikongsikan pelakon jelita tersebut, ramai rakan selebriti dan peminat menitip ucapan dan kata-kata pujian di ruangan komen posting Instagram tersebut.



“Muka sama sangat!” ujar Fizo Omar.

“Comelnya,” kata Sherry Alhadad.

“Ira comelnya,” komen Daiyan Trisha.

“Aww sangat comel,” ucap Nadia Brian.



“Mak yang hebat.”

“Aww sangat comel. Sekarang kita tahu mana En. Isaac dapat bentuk muka dia.”

“Patutlah anda cantik, dari kecil dah cantik dan wajah anda tak berubah langsung kekal cantik sentiasa girl.”




“Muka dan gaya sama sampai sekarang,” komen mereka.

Dari kecil lagi memang dah cantik semula jadi Zahirah ni kan? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mendeluk 7-4-2022 05:03 PM
Dia ni ada vibe vibe minah salleh. Bila tengok videos sheols posted, padanler dari kecil duduk negara omputih.
Quote prince_marhaen 7-4-2022 05:19 PM
dah apaknya pun half omputih kan...mak dia pun lawa, muka jenis seksi...
Quote mendeluk 7-4-2022 05:22 PM
prince_marhaen replied at 7-4-2022 05:19 PM
dah apaknya pun half omputih kan...mak dia pun lawa, muka jenis seksi...

Ye ye aje. Xsemesti jugak. Ada je mak apak omputih perangai pprt, kuat merempan Mcm mane chuols bawa diri tu penting, bukan ikot DNA
Quote purplelilac 7-4-2022 05:37 PM
Suka dia ni, jenis relax2 je hehe
Quote AcikBuncit 7-4-2022 05:54 PM
Aah mmg lawa dr kecik ni.. Xdala stgh artis tu mse muda lain beno mukanya banding ngn jd retis.. Dh cucuk sini sana
Quote likilu 7-4-2022 05:59 PM
Gusi tu genetic ke random? Anak dia ok tak bergusi
Quote Nenasketum 7-4-2022 06:18 PM
Iyerler tuh. Masa memula dia berlakon jadik doktor tak silap aku, turn off sungguh overall dia nih. Dengan leher berlapis masa tu, pastu kekonon tengah amik degree. Pigidaaah.
Quote cikgojesss 7-4-2022 06:29 PM
canteknya sheols dalam vid tu.. kecik2 bibir dah lawa ye.. tapi sayang gusi sheols padang bola.. kalau gigi bersembur boleh braces tapi gusi padang bola takleh renovate ke eh? soalan serious ni..
Quote lattehazelnut 7-4-2022 07:06 PM
Cantik tp mcm masa dance hujung mcm xsesuai je pkai baju kebaya..
Quote Kurex 7-4-2022 07:27 PM
Ni kalau pelakon ni kentut bau telo pun harus dipuji acik porem
Quote belilies 7-4-2022 07:56 PM
Ada tanda nak baby girl ke ni?
Quote tuntasha 7-4-2022 08:03 PM
Biasa jer lah muka malay gurl tp cantik jugaklah.bila  dewasa pandai berdikari bekerja bekerja semua pandai bergaya bersolek skincare jaga auto cun.
Quote luvcomot87 7-4-2022 08:07 PM
cikgojesss replied at 7-4-2022 06:29 PM
canteknya sheols dalam vid tu.. kecik2 bibir dah lawa ye.. tapi sayang gusi sheols padang bola.. kal ...

Boleh uolss.. gummy smile ni i tgok wife fad bocey.. die ade wat treatment.. die buat braces dgn utk gummy smile.. ntah aiman suke kot gusi sheols.. kekekeke
Quote nakkomenjugak 7-4-2022 08:25 PM
Cute.
Dia dengan anzalna masa kecik memang baka lawa.
gituhhhhh
Quote beatgirlX 7-4-2022 08:28 PM
Cute la masa kecik...at least dari kecik ada gak cakap Malay
Quote Kancilkering 7-4-2022 08:42 PM
sib baik bibir mungil cover gusi
Quote bintangct 7-4-2022 08:52 PM
mcm rajin pulak dia sexy lps beranak ni
Quote Minahkucing 7-4-2022 10:28 PM
cikgojesss: canteknya sheols dalam vid tu. ...


Boleh sis. Mcm braces gk tp kene benam screw dlm gusi and sambung pada braces.

Kt malaysia ade 2 je clinic ade service ni. Heheh i dulu gusi seluas 2 padang bola. Skrng dh helok boleh senyum
Quote makcun14 7-4-2022 10:41 PM
Salah sorang retis yang bangga sangattt dengan darah orang putih aussie dia , kalau la chu ols jumpa my gawdd sombong berlagak tak boleh bawak bincang.
Tapi tetap jua gigih mencari rezeki kat bumi malaysia bukan kat australia . Apooooo

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top