CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susulan Penahanan Yasin Sulaiman, Caprice Tampil Bersuara Tentang Kebaikan Dadah Marijuana

7-4-2022 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2354| Komen: 17

Selepas kecoh berita penahanan Yasin Sulaiman akibat menanam pokok ganja di kediamannya yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi rap dan usahawan, Caprice yang tampil bersuara mengenai kebaikan dadah marijuana.


Menerusi hantaran di Instagram, Caprice menyatakan bahawa baginya dadah Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh para saintis untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


Foto: IG

“First of all, Malaysia, ni pendapat peribadi bagi Cap, Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh saintis untuk bantu orang yang ada masalah anxiety, bipolar, boleh merawat kanser.”

Tambahnya lagi, Caprice turut berpendapat Marijuana bukanlah benda sintetik seperti kokain dan heroin. Malah Marijuana juga terbukti untuk merawat autism.



“Dia bukan benda sintetik atau dadah seperti kokain, heroin, ecstacy. Marijuana adalah sesuatu yang lebih semulajadi. Sebab itu di pelbagai negara, Marijuana sah untuk digunakan.”

Caprice turut menitipkan ucapan terima kasih buat pihak Kementerian Kesihatan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerana memberi pertimbangan terhadap kegunaan tujuan perubatan.

“Terima kasih @kkmm_gov_ dan big boss YB @khairykj kerana mempertimbangkannya.”-Caprice

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat malah ada menyatakan bahawa dia sangat memerlukan Marijuana untuk keadaan peribatannya.



“Ya, saya memerlukannya untuk keadaan perubatan saya. Tetapi dalam preskripsi. Bukan yang dijual di jalan atau sesuatu. Tolong, beri maryjane peluang.”

“Baru Malaysia nak sedar pasal Marijuana..Haa lemahh”

“Oversea dah banyak guna untuk perubatan. Selagi tak disalah guna, rasanya tak perlu sampai hukuman gantung. Dekat Malaysia je yang pelik. Masih banyak pakai undang-undang.”



Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkkan kerjasama industri aau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa setakat ini KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 7-4-2022 04:23 PM
Yasin yang sah2 mixed pun tak cakap pelat2 slang2 omputih cam ko. Fasih ereb pun dia tak ber anta ente sana sini.
#justiceforyasinsulaiman
Quote Kurex 7-4-2022 04:27 PM
Penonggeng agama berwajah kepam
Quote nicolebaby 7-4-2022 04:49 PM
I'm for being used in medical use but not so for recreational use. Because I think if people were to argue, 'What about alcohol and cigarettes? ' So everything is good but in moderation.”



Cer teka who said this
Quote cikatilia 7-4-2022 05:05 PM
rimas betul dgr dia berckp
Quote inspektoremos21 7-4-2022 05:19 PM
Nyampah la mamat ghetto ni..
Quote Mulotkoyak 7-4-2022 05:31 PM
Pakcik totok ni saintis kah atau ada buat research pasal semua ni? Atau sekadar baca info kat Twitter and FB yg mana org railan maklumat? Kalo xde please jgn mencapap. Biar saintis and pakar farmasi je yg elobrate. Ni semua benda ko nk ckp mcm semua benda ko belajar kat kolej. Belom lg masok bab jantung and calculus bagai.
Quote Nenasketum 7-4-2022 06:21 PM
Penyokong tegar PH cenggini lah. Dah lah cina dok mabuk langgar melayu mati katak, nak suruh pulak légitimise kan benda nih. Kalau ada masalah, doktor bagi prescription, baru lah boleh. Off with Yaasin’s head. Berapa pokok dia ada, semua untuk dia ka?
Quote anony-mous 7-4-2022 06:34 PM
Mana dia dpt info?? I baru baca td ada pengasas ganja ni komersial kan dkt UK sana. Org yg buat study tu sendiri ckp ganja kalau HEMP tu yg bagus. Sbb x lalok, tp marijuana ni yg byk keburukan
Quote lattehazelnut 7-4-2022 07:41 PM
I perasan of cos tc chanella bising dulu..
Untunglah kayangan sume support..
Cuba kalau budak2 b40 or bekas henry gurney tu yg post, mau kne hencap berjemaah..
Quote bulanbulat 8-4-2022 12:18 AM
Diamla kepris. Hang pun telan ubat antidepressant lagi mau sembang kencang. Ka kencing
Quote sharlenetexas 8-4-2022 02:08 AM
Nak mencapublah jugak dia ni.

Quote gold_teeth 8-4-2022 06:25 AM
Dia jmpa nadir x skang? Kan dlu semnagatbnak ke gaza. Ni org gaza dah dtg xnmpak lg kt ig
Quote me12345 8-4-2022 07:04 AM
Kaum yg ramai jd mangsa dadah, penagih dadah , jd gelandangan mmg org melayu even golongan profesionsl..bagus la ye sokong la dadah ni..masa depan besok yg tinggal non muslim yg mentadbir jgn mengelupur
Quote naina 8-4-2022 07:08 AM
anony-mous replied at 7-4-2022 06:34 PM
Mana dia dpt info?? I baru baca td ada pengasas ganja ni komersial kan dkt UK sana. Org yg buat stud ...

Marijuana, ganja dan ketum..ada bezakah?
Quote Bipolajourney 8-4-2022 07:33 AM
Too late Caprice.
Quote anony-mous 8-4-2022 08:10 AM
naina replied at 8-4-2022 07:08 AM
Marijuana, ganja dan ketum..ada bezakah?

I baca smlm ada beza. Marijuana n ganja mgkin sama. Tp ketum tu pokok lain. Ni dari komen2 dkt fb yg pernah tanam pokok ketum tp org curi sb nk buat air ketum. Pokok ketum elok utk kencing manis. Kalau i salah info, harap maaf
Quote mizruncing 8-4-2022 09:05 AM
ok nexttttttttt

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.045071 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top