CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menangis Jumpa Isteri, Lelaki Dipenjara 2 Bulan Akibat Curi Motor Nak Biaya Kos Bersalin

7-4-2022 04:20 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1697| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Kejaksaan.ri


Baru-baru ini menerusi laporan dari Suara.com, seorang lelaki dari Indonesia nekad menjual motosikal yang dicurinya dengan harga 1.5 juta rupiah bersamaan dengan RM440.31 untuk menampung kos pembiayaan isterinya bersalin dengan selamat. 


Namun akibat daripada perbuatannya itu, dia telah dipenjara selama dua di atas dakwaan mencuri. Walau bagaimanapun, pemilik motosikal berkenaan menarik semula laporan polis yang dilakukan setelah mendengar kisah lelaki ini dan memaafkan tindakannya kerana memahami situasi yang dihadapi oleh lelaki itu. 

Sumber: Tiktok Kejaksaan.ri

Selepas insiden itu, lelaki berkenaan sangat menyesal dengan perbuatannya dan dia nekad untuk memulangkan semula motosikal yang dicuri itu kembali kepada penjual sayur terbabit. 

Kisah ini menjadi lebih sebak lagi apabila pegawai bertugas di pusat tahanan tersebut juga gagal menahan air mata kerana begitu sedih dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut.

Oleh itu, Pejabat Pendakwa Negeri Takalar telah menyediakan wang pampasan untuk pemilik motosikal dan juga lelaki itu dan kini dia boleh bersama dengan isteri dan anaknya yang baru lahir. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 7-4-2022 05:14 PM
Ko yg nk beranak, org lain pulak yg susah smpai hilang motor
Quote Pabllo 7-4-2022 06:31 PM
salah tetap salah.. walopon terdetik juga rasa kesian..
Quote cmf_premierleag 7-4-2022 06:33 PM
sblm kawen tak pikir psl kos bersalin bagai
tau nk sedap je kan
padan muka la
Quote @pip98 8-4-2022 09:28 AM
susah tu memang susah, tapi perlu usaha dulu untuk cari rezeki.
Jangan ambil jalan mudah, fikir dulu apa kesan dia sebelum buat apa2.
Quote Suchi 8-4-2022 09:37 AM
Takut nak klik video takut kuar lagu dengarkanlah disepanjang malam aku berdoa..
Sib baik lagu lain, stress dengar lagu tu
Quote bedahmenjuyah 8-4-2022 10:06 AM
Kenapa ada byk kisah indon ni? Why why???
Quote angelofish 8-4-2022 10:15 AM
tak payah kesian dengan pencurik...masa dia curik tu dia pon tak kesian dengan kita...moto tak ada.macam mana nak pegi kerja.
Quote Samerosie 8-4-2022 10:44 AM
Kat Indon tak de spital ke KK ke?  Kena bayar jugak je kalau branak?
Quote bakingsoda 8-4-2022 12:46 PM
kalau tak mampu jangan kawin!!! ni dah la kawin pastu nak beranak pulak   kesian la kat anak ko tu lahir2 guna hasil haram!
Quote boongalalang 8-4-2022 12:48 PM
Suchi replied at 8-4-2022 09:37 AM
Takut nak klik video takut kuar lagu dengarkanlah disepanjang malam aku berdoa..
Sib baik lagu lain, ...


Hahahahahahhahaha tau takpe. Tak klik pun terngiang2 kat otak
Tapi ni confirm lagu lain, aku dah klik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036046 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top