CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Indonesia Berang, Tuduh Malaysia Nak Rampas Budaya Reog Ponorogo

7-4-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5520| Komen: 75

JAKARTA: Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian tradisional ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara itu.


“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya.

“Sehubungan itu, kita perlu lebih pantas kerana sudah terang-terangan Reog itu budaya dan warisan Indonesia,” katanya seperti yang dilapor Suara.com.

Foto: Kosmo

Selain itu, Muhadjir juga meminta supaya pihak berkuasa daerah Ponorogo untuk mengusulkan segera tarian tradisional itu kepada UNESCO dan menyiapkan data yang diperlukan.


Beliau menegaskan, Reog Ponorogo disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen).

Pada 2013, Kementerian Budaya Indonesia menyenaraikan kesenian itu sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Indonesia.

Dalam pada itu, perkara tersebut dilaporkan mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia sehingga mereka ‘menyerang’ akaun @1malaysia_official.

Dalam akaun tersebut, pengguna media sosial Indonesia sepakat menyatakan Reog Pnorogo adalah hak warisan mereka.

Mereka turut menggunakan tanda pagar ReogFromIndonesia, selain meminta rakyat Malaysia berhenti ‘mengakui budaya yang berasal dari Indonesia’.

“Malulah ambil budaya orang,” tulis seorang pengguna media sosial Indonesia. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 7-4-2022 03:23 PM
Malulah takut semedang dgn malaysia!
Quote Skuau 7-4-2022 03:28 PM
Edited by Skuau at 7-4-2022 03:37 PM

Msian harus malu..tp gue CARI MAKAN jd/sbg PENDATANG HARAM...terus ngak punya kemaluan...kayaknya......kok gitu.
Quote elzy 7-4-2022 03:29 PM
Aiyooo ambillah sana.. Semua pun dia punya..
Quote Siput_Sawah 7-4-2022 03:36 PM
aku pu n baru tahu kewujudan benda alah ni. tak pernah tgk lak tarian ni kat mana mana event.lion dance or kudang kepang ada lah sellau tgk.
Quote sharlenetexas 7-4-2022 03:37 PM
Claim semua borangan korang tu.

Quote annehuda 7-4-2022 04:26 PM
amende reog ni tak penah dengar pun kt malaysia
Quote ezacbee 7-4-2022 04:28 PM
Sapo nak rampas? hamik laa
Quote mamajawie 7-4-2022 04:28 PM
barongan aku tau la tapi kreuk kreuk ni aku x penah dengar
Quote nolya 7-4-2022 04:52 PM
Aduh Pak, Ini berita jaman bila ni dn dari mana Bpk mendengarnya?  Bpk mendengar berita hoax ya? Semak dululah kebenaran beritanya sebelum Bpk bentak2 protes dn jgn cepat tersulut emosi.

Quote naina 7-4-2022 04:57 PM
Koser nak claim tarian apo bondo ni muka setan bagai. Ambiklahhhhh
Quote renko 7-4-2022 04:58 PM
jadahnya jongos ni
g kutip sekali jahid
Quote nolya 7-4-2022 04:59 PM
“Malulah ambil budaya orang,” tulis seorang pengguna media sosial Indonesia. -CARI


Statemen drp mereka yg tak mikir dn mencermin diri.
Tapi tak malu kan, datang menyuludup, merompak dn buat jenayah di negara orang
dan juga bawa lari anak gadis orang dibawa pulang.
Quote arm_band 7-4-2022 05:15 PM
aik sapa pulak maklumkan tu? tak pernah dengar pun roeg ni, apatah lagi nak tengok.....
Quote nusaraya 7-4-2022 05:27 PM
Edited by nusaraya at 7-4-2022 05:30 PM

Reog ini memang asli dari daerah Ponorogo (Jawa Timur)....cerita dan reka bentuk tarian reog ini memang terkait dengan kisah raja dari blambangan masa lampau ... kita di Malaysia menamakannya  Barongan dan klaim bahwa itu adalah asli dari malaysia datn sekarang mahu kita daftarkan pula sebagai warisan asli Malaysia ke UNESCO....
Quote lattehazelnut 7-4-2022 05:30 PM
Asik nak claim budaya korg.. org xheran la -said the rest of the world..
Yang pati byk kne tahan or pati yg baru sampai naik bot.. bila korg nak claim diorg?
Quote tungkai 7-4-2022 05:31 PM
“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya.


Oleh siapa? Komen dari medsos ke ko guna sebagai reference..???
Quote Zack8hunter 7-4-2022 05:35 PM
yg kasta2 rendah tu nak bertepik aku faham la since education diorg pun tara mana, tapi yg pak menteri pun join sekaki tu aku x faham..low nya level ko.. sah2 la benda tu hoax jer..
Quote Decaffeinated 7-4-2022 05:36 PM
suka lah tengok orang bodoh sambung bergaduh kan abg tong? benda dah kambus ko korek balik




Quote tikusmontok 7-4-2022 05:38 PM
Menatang apa rogponorogol tu @Friska ?

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.102842 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top