CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balu Jamaludin Jarjis Tuntut Harta RM1 Bilion- Bicara 18 Julai

7-4-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7299| Komen: 66

KUALA LUMPUR –  Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 18 Julai depan bagi perbicaraan tuntutan Balu Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis, Puan Sri Dr. Kalsom terhadap empat anak dan ibu mertuanya berhubung harta sepencarian kira-kira RM1 bilion.


Perkara itu dimaklumkan peguam Syarie Nur Hidayah A Bakar yang mewakili ibu Allahyarham Jamaludin, Aminah Abdullah, 88, selaku defendan kelima selepas prosiding kes hari ini di hadapan Hakim Syarie Haznita Hamidon.

Menurut Nur Hidayah, dalam prosiding hari ini, mahkamah memerintahkan supaya pihak-pihak menyelesaikan isu berhubung pindaan pernyataan tuntutan saman tersebut.

Foto: Malaysia Kini


“Hakim Syarie mengarahkan pindaan kali kedua (pernyataan pindaan) diselesaikan terlebih dahulu dan mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk tarikh bicara akan datang,” kata Nur Hidayah.

Tambah Nur Hidayah berikutan perbicaraan kes ditangguh lagi buat kali ketiga, pihaknya telah memohon supaya pihak plaintif membayar kos.

Sebelum ini, Kalsom memfailkan permohonan bagi meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap empat anak dan ibu mertuanya berhubung harta sepencarian tersebut.

Permohonan pindaan itu berhubung aset antaranya hartanah melibatkan perkataan hartanah di Boston, Amerika Syarikat.

Selain itu ialah memasukkan saham dalam syarikat Rantai Wawasan, isu sumbangan tidak langsung berkaitan penjagaan arwah (Jamaludin) semasa sakit kaki dan memasukan isu berkaitan tanah di Selangor.

Kalsom selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian pada Oktober 2018 dengan menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla, dan Aminah sebagai defendan.

Antara tuntutan harta sepencarian itu ialah  hartanah di Malaysia dan luar negara serta beberapa saham dalam syarikat.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang ketika itu berusia 64 tahun, bersama-sama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada pukul 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya, Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; pengawal peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 7-4-2022 03:10 PM
Turut maut juruterbangnya, Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; pengawal peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

adakah ini yg di panggil colateral damage?
Quote mbhcsf 7-4-2022 03:32 PM
wah ....belum berakhir ye, yg last year pun ade tuntutan kes ni..daripada pihak ibu Allahyarham.

Quote mbhcsf 7-4-2022 03:32 PM
Edited by mbhcsf at 7-4-2022 03:45 PM

benda benda macam ni perlukan komunikasi yg berkesan. hebatnya ye rezeki allahyarham ni. bukan sekupang dua , tapi billion.

Quote elzy 7-4-2022 03:33 PM
Susahnya bila ada banyak harta, semua nak tuntut.. Semoga Allahyarham JJ tenang di sana..
Quote sharlenetexas 7-4-2022 03:35 PM
Gosip kat es kata azam xde baki harta 1b. Kalau tiba2 mati mungkin berlaku mcm ni kot? Anak bini, family, skandal (?) bakalan berebut harta kot?

Quote green~tea 7-4-2022 03:44 PM
dah kenapa tak settle2,,, uiish.. baik jadi rakyat biasa.. bicara pusaka settle tak sampai setahun, tambah kalo dah siap2 buat hibah, amanah wasiat tuh... kenapa tak buat urusan pusaka awal2 semasa hidup?
Quote bakingsoda 7-4-2022 03:54 PM
green~tea replied at 7-4-2022 03:44 PM
dah kenapa tak settle2,,, uiish.. baik jadi rakyat biasa.. bicara pusaka settle tak sampai setahun,  ...

meninggal pon terhempas heli bukan sakit bertahun, masa kat kenduri tu agaknya masih tak terpikir ajal bakal menjemput dlm beberapa jam lagi, ye la mak jj pon hidup lagi kan sampai skrg mesti dia sendiri ingat lambert lagi nak mati
Quote pittjie 7-4-2022 04:02 PM
kalau balu je pun dah tuntut 1 billion, anak2 punya hak berapa billion la lagi ya.
Quote dua_chzy 7-4-2022 04:04 PM
Hebat kew rezeki jika dot dot dot? Hanya Allah yang tawu.
Quote Suchi 7-4-2022 04:24 PM
Lamanya dah 7 tahun meninggalnya,maknya kata dia dah kumpul harta sblm kawen jd maknya kira nak halang balu tu tuntut harta sepencarian la kan.

Ntahlaa moga semuanya diselesaikan dgn baik,harta byk2 pun kalau susah utk dibahagikan secara adil dan saksama payah gak. Baiklah reta cukup2 keperluan je.
Quote green~tea 7-4-2022 04:50 PM
bakingsoda replied at 7-4-2022 03:54 PM
meninggal pon terhempas heli bukan sakit bertahun, masa kat kenduri tu agaknya masih tak terpikir  ...

Entah la tak reti iols nak komen dgn golongan tak pikir mati nih.. maybe ini lebih kepada isu financial literacy and awareness je kot sebenarnya...

I sendiri pun dah settle urusan pusaka bg pihak i, pihak husband i, in laws i pun sume dah settle.. hibah, amanah, wasiat siap2... setiap jenis harta ada cara urusan masing2..
Quote KamikuP 7-4-2022 04:55 PM
Inilah akibat tak baik ngan mak mertua ye cuolls... mak mertua dibuat musuh aagitu
Quote naina 7-4-2022 05:01 PM
Aku rasa memang patut guna mahkamah urusan pembahagian harta Dorang ni. Banyak gila juta2 billion okeh. Bukan taraf2 acik2 gomen pencen memanglah bole buat wasiat gitu2 je. Aku rasa hubungan dorang baik je..cume pening kot nak uruskan terlalu banyak harta dari pelbagai sumber..guna court lebih telusss. Semoga takda termakan harta haram
Quote anony-mous 7-4-2022 05:08 PM
Cuma nk tanya la, harta dia mmg harta bersih ke atau suspicious jua ala2 najib? Byk betul rete smpai berbillion tp mcm xingat pernah tersenarai as top 10 plg kaya or not
Quote anony-mous 7-4-2022 05:09 PM
dua_chzy replied at 7-4-2022 04:04 PM
Hebat kew rezeki jika dot dot dot? Hanya Allah yang tawu.

Mcm dari sumber panas jah. Mak dah gitu pon nk tuntut2 lg. Kematian mak arwah abam x membawa apa2 kesan pd makcik ni
Quote she 7-4-2022 05:11 PM
Maknya ritu dah rebut 2 company dari cucu (anak arwah)

Maknya dapat 1 company yang arwah bangunkan sebelum kawen
Company lagi 1 kekal hak cucu sebab cucu yang bangunkan

Mak arwah ni tak puas hati lagi kot pasal hartanah lain
Wife arwah nak secured harta 1b
Memang ler mak arwah tak bagi sebab adik badik arwah lain sume bergantung harap dengan company arwah

Company yang mak dia dapat ritu pun bukan ada projek dah

Patutnya adik badik tak payah rebut lah bisnes arwah
Memasing cari duit sendiri dah besor tua kan
Quote Belibis 7-4-2022 05:24 PM
elzy replied at 7-4-2022 03:33 PM
Susahnya bila ada banyak harta, semua nak tuntut.. Semoga Allahyarham JJ tenang di sana..

Baikla susah sebab banyak harta sis...kalau susah sebab semekin,beranak pun kena maki..
Quote batmana 7-4-2022 05:33 PM
klu harta smpai 1 billion, nape tk tersenarai dlm top 50 org terkaya di malaya ni?

Quote Orenn1 7-4-2022 05:41 PM
Mana dpt duit billion2 ni

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.089260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top