CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Main Gear Gara-Gara Tinggal Dalam Kereta

7-4-2022 03:38 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1625| Komen: 6|Original author: Agent13k

Sebagai ibu bapa, amat penting untuk menjaga dan memerhatikan anak kecil setiap masa kerana kita tidak tahu apa yang si kecil itu fikir dan mungkin akan buat perkara yang tidak diingini.

kredit foto: Twitter


Menurut Beautifulnara, baru-baru ini ada video tular di media sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk singgah di sebuah gerai minuman tetapi kenderaan itu kemudian berundur secara tiba-tiba.


Difahamkan, keretanya yang bergerak ke belakang itu cuba dihentikan wanita berkenaan dan dia nyaris tersepit dengan kereta lain.

Wanita itu menjelaskan dia meninggalkan anak kecil di dalam kereta tersebut semasa kejadian itu tetapi telah meletakkan gear "P" dan "handbrake" pun sudah ditarik sebelum dia keluar dari kenderaan itu.

kredit foto: Beautifulnara

Ekoran itu, dia menyeru kepada ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan anak yang masih kecil lagi berseorangan dalam kereta. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 7-4-2022 04:37 PM
ingat bila cekak pinggang masa beli mknn tu
da cukup kuat ke pastu nak tahan kereta bergerak cmtu
adehhhh
Quote miznora 7-4-2022 05:10 PM
Yelah dalam keadaan macam tu
itu tindakan spontan yang kita buat

Budak2 memang panjang akal
Quote faraway1 7-4-2022 08:48 PM
sebab tu kenapa orang cerdik pandai cipta childseat
Quote @pip98 8-4-2022 11:08 AM
lain kali jangan tinggal anak sengsorang bahaya.. tak kira la sekejap ka lama, tetap bahaya
Quote sally03tomato 8-4-2022 11:37 AM
Masa beli nasi lemak pun sama kakak ni tinggal anak berderet kecik2 dgn kereta on engine... lepas tu anak dia ram minyak kereta.. dia boleh tenang sgt cakap tak pe free gear... Terkejut semua org
Quote azimodin 8-4-2022 12:33 PM
Ni bodoh. Aku kalau nak singgah 2 minit drop barang kat rumah member pon aku turunkan sikit tingkap bagi udara masuk, tarik kunci & lock kereta. Buatnya kereta kereta tu ram orang lain sampai mati, tuan kereta nak cakap apa?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035624 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top