Kemeriahan bazar Ramadan sering juga dipenuhi dengan golongan kanak-kanak ekoran dibawa bersama ibu bapa mereka. Menerusi perkongsian Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah memaklumkan menjadi satu kebimbangan ketika ini apabila kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah dilihat sering dibawa mengunjungi bazar Ramadan.
Jelasnya, kebanyakan daripada mereka belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dan hal ini boleh terdedah kepada jangkitan virus. “Pening kepala saya tengok ibu bapa bawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan. “Ingat, yang berusia bawah lima tahun tidak divaksin, dan berusia lima hingga 11 tahun belum sempat lagi vaksin lengkap,” ujarnya.
Namun, meninjau ke ruangan komen video yang dimuat naik oleh Dr. Rafidah, rata-rata ibu bapa kurang bersetuju dengan pandangan beliau. Mereka mempersoalkan sekiranya anak dibiarkan tinggal di rumah tanpa pengawasan adalah lebih berbahaya berbanding membawa mereka bersama ke bazar. “Anak saya dua tahun, nak tinggal juga pada abang yang masih tujuh tahun, tahukah dia jaga adik tanpa saya di rumah, kalau jadi apa-apa bukan lebih bahaya buat anak saya, lebih baik saya bawa bersama,” kongsi seorang wanita. Sementara itu, seorang lagi pengguna sempat berseloroh untuk meninggalkan anaknya dibawah jagaan Dr. Rafidah sekiranya dia ingin ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. “Kalau saya nak ke bazar, dan dilarang bawa anak, saya tinggalkan pada Dr. boleh ya, Dr. jaga sekejap,” ujarnya. Golongan ibu bapa sebenarnya sedar akan risiko anak-anak mereka, namun mereka seperti terpaksa untuk dibawa bersama kerana tidak mempunyai penjaga di rumah. -CARI Sumber: Kosmo
|
axl_bach replied at 7-4-2022 12:08 PM
Dr Pidah ni xtau ke era org sembah ratu pada frontliners dah pupus.... Now statement DG pun org dh k ...
axl_bach replied at 7-4-2022 12:08 PM
Dr Pidah ni xtau ke era org sembah ratu pada frontliners dah pupus.... Now statement DG pun org dh k ...
ADVERTISEMENT