Sekiranya sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid masih hidup, beliau akan menginjak usia 59 tahun. Tanggal 6 April, merupakan hari ulang tahun ke-59 pemilik nama lengkap Mohamad Mohamad Khalid itu yang meninggal dunia pada 24 Oktober tahun lalu disebabkan serangan jantung.
Anak keempat Allahyarham, Amen Khalid menerusi Instagram memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen ringkas namun penuh makna. “6/4/1963. Saya harap anda di sini. Ini merupakan gambar terakhir sambut hari jadi papa, I miss you (saya rindukan anda),” tulis Amen, 27.
Amen turut mengenang status yang dimuat naik pada tanggal hari ini tujuh tahun lalu bersempena ulang tahun kelahiran bapa tersayang. “Anda merupakan antara antara orang paling penting dalam hidup dan saya sayang anda dengan seluruh jiwa raga. “Anda adalah hero, inspirasi, lelaki yang saya sangat-sangat pandang tinggi dan ingin ikut jejak langkah. “Tiada kata yang mampu diucapkan betapa istimewanya tempat anda dalam hati ini,” coret Amen yang merupakan pengarah karya terakhir Allahyarham Mamat, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.
|
ADVERTISEMENT