CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penulis Novel Romantik Tembak Mati Suami

7-4-2022 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1228| Komen: 0

Penulis kisah romantik yang pernah menulis novel Cara Membunuh Suami Anda dihadapkan ke mahkamah di Oregon, Isnin lalu, bagi menghadapi perbicaraan tuduhan menembak mati suaminya yang juga seorang cef.


CBS News melaporkan Nancy Crampton Brophy kekal dalam tahanan sejak penahanannya pada September 2018 kerana dipercayai membunuh Daniel Brophy, 63.


Kredit foto: AP

Brophy dibunuh ketika dia bersiap untuk bekerja di Institut Kulinari Oregon di barat daya Portland, jam 7.30 pagi pada 2 Jun 2018.

Ketika kejadian, dia bersendirian di dapur sekolah masakan itu.


Brophy ditemukan mati di dalam kelasnya apabila pelajar tiba. Dia bekerja di sekolah itu sejak 2006.

Nancy Crampton pula penulis novel percintaan yang diterbitkannya sendiri.

Bertahun-tahun sebelum kematian suaminya, dia mengarang novel Cara Membunuh Suami Anda.

Pada permulaan perbicaraan Isnin, Hakim Christopher Ramras mengumumkan naskhah novel itu dikecualikan daripada dikemukakan sebagai keterangan perbicaraan.

"Mana-mana nilai probatif minimum artikel yang ditulis lama dahulu adalah jauh lebih besar, daripada bahaya kepada prejudis dan kekeliruan," kata Ramras.

Kematian Brophy kekal misteri sehingga isterinya ditangkap, dan pihak berkuasa tidak pernah mendedahkan suspek lain secara terbuka.


Kredit foto: Sky News

Penyiasat menentukan tiada tanda kekerasan atau pergelutan dan tiada tanda rompakan.

Timbalan Peguam Daerah Kanan Multnomah County Shawn Overstreet memberitahu juri pada Isnin bahawa tindakan Crampton Brophy didorong oleh ketamakan dan polisi insurans bernilai AS$1.4 juta (kira-kira RM5.9 juta).

Peguam utama pembelaan, Lisa Maxfield berkata, Crampton dan kewangannya merosot selepas kematian Brophy.

Beliau berkata, ia jauh daripada dakwaan pihak pendakwaan bahawa dia mendapat keuntungan.

Crampton membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.027013 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top