Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu situasi getir dihadapi kira-kira 12 peniaga di tapak Bazar Ramadan Triang di sini apabila gerai dan makanan musnah dalam kejadian hujan lebat serta ribut petang semalam.
Peniaga roti john, Fazli Yaakob, 34 berkata, ini adalah kejadian kali pertama berlaku sepanjang dia berniaga di Bazar Ramadan. Katanya, walaupun tiada kecederaan kepada peniaga namun hampir 80 peratus peniaga terpaksa menanggung kerugian.
“Angin kuat datang dari arah kawasan terbuka berdekatan. Ada peniaga yang pegang tiang khemah untuk elak khemah terbang. “Masa ribut mula-mula tu, peniaga masih mampu pegang tiang tapi kejadian ribut kali kedua tu, mereka terpaksa lepaskan tiang. Kalau mereka berpaut juga, saya rasa mereka pun ikut terbang dengan khemah,” katanya. Fazli berkata, jumlah kerugian para peniaga masih belum dapat dipastikan namun sebahagian besar peniaga terjejas mengalami kerugian kerana semua makanan dan minuman termasuk peralatan musnah. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Mulotkoyak replied at 7-4-2022 09:29 AM
Adakah angin pun mendengar doa rakyat marhaen sekalian alam??? Kenapa bukan di KL.???
renko replied at 6-4-2022 04:34 PM
adakah petanda
FOTHER-MUCKER replied at 7-4-2022 11:00 AM
Petanda?
Kerana golongan penguasa agama semakin menggila inaya rakyat jelata!
ADVERTISEMENT