Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan K-pop popular Blackpink yang popular dengan lagu "Hit you with that du-du-du". Memang catchy sangat semua lagu Blackpink, kena dengan jiwa gen-Z!
Kumpulan yang datang dari agensi YG Entertainment ini telah pun mendominasi K-Pop apabila Blackpink meraih tempat di persada dunia. Tidak hairan jika kita melihat fans mereka dari pelusuk dunia dari umur muda sehinggalah dewasa.
Susah nak percayainya? Mari kita lihat video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai jad32991.
Menerusi video ini, kelihatan bayi yang baru berusia dua bulan menangis apabila kakaknya memberhentikan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Blackpink. Namun apabila kakaknya memainkan lagu itu kembali, adiknya terus diam seribu bahasa.
Ternyata video itu telah menarik perhatian ramai pengguna TikTok kerana bayi yang comel itu seolah-olah faham dengan apa yang ditonton sehingga mendapat gelaran Baby Blink!
Pemilik akaun itu juga memuatnaik siri terbaru video itu yang menunjukkan bayi itu melayan lagu yang dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Blackpink telah memuji kecomelan bayi itu dan ada yang mengatakan bayi ini senang dijaga. Hanya perlu buka lagu dari Blackpink, bayi ini terus diam dan tidak menangis. -CARI