Beberapa hari lepas ada berita tentang seorang penyampai radio dari TawauFM yang tidak sengaja menyiarkan azan maghrib sebanyak dua kali iaitu pukul 6.16 petang dan 6.20 petang, sekarang ada kes yang sama iaitu azan maghrib disiar awal tetapi kali ini di Kelantan pula. Petikan dari Majoriti, baru-baru ini ada seorang pengguna di media sosial Facebook yang mendakwa bilal masjid dipercayai melaungkan azan lebih awal berbanding waktu solat fardu Marghrib yang sebenar. Loading FB Post...
Difahamkan, azan masjid di Kuala Krai, Kelantan itu kedengaran pada pukul 7.18 malam sedangkan waktu sebenar azan maghrib di Kuala Krai adalah 7.20 malam. Ramai netizen di Facebook berkata mereka perlu peka dan periksa waktu dahulu sebelum berbuka. Tambahan pula, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri iaitu seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pernah memaklumkan bahawa tidak sah dan batal puasa individu yang menyangkakan matahari itu telah terbenam tetapi ia belum lagi terbenam. Malahan, puasa itu wajib diqada semula. -CARI
|
renko replied at 6-4-2022 05:11 PM
time puasa lak rajin nk azan awal ye
uori replied at 6-4-2022 07:06 PM
bukan rajin nak azan awal tapi ramai yang tetiba peka azan tu awal ke lewat
ADVERTISEMENT