CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sahrifah Rose Kemurungan Dikecam, Kini Dah Tak Kayu Lagi

6-4-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2237| Komen: 17

Liku perjalanan gadis cantik bernama Sharifah Rose, 23, tidak seindah namanya dalam menyusuri onak duri anak seni. Kehadiran pemengaruh media sosial itu disambut dingin peminat drama tempatan pada awal kemunculannya.


Dilabel kayu dan hanya mempertaruhkan wajah cantik oleh warga netizen sedikit sebanyak pastinya mengguris hati Sharifah Rose atau mesra disapa Rose.

Namun, gadis kacukan Melayu, Arab dan Jawa itu enggan terlalu rapuh. Ada kalanya, lontaran cemuhan cukup meninggalkan kesan dalam dirinya.

Foto: IG

Justeru, Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memilih tidak membaca kecaman dilemparkan netizen demi menjaga kesihatan mental.


Seusai episod lakonan kayu dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard melabuhkan tirai, gadis kelahiran Shah Alam, Selangor itu sekali lagi diserang bertubi-tubi berikutan jenama tudungnya.

Kononnya, Rose menciplak nama jenama hijab yang sudah terlebih dahulu wujud. Bukan sahaja ejaan sedikit berbeza, malah, logo digunakan syarikatnya juga didakwa hampir sama dengan jenama asal.



Sudah tampil memohon maaf dalam laman sosial, Rose mengakui, dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak. Malah, tidak mungkin meneruskan bisnes berkenaan seandainya benar tuduhan dilempar.

"Saya juga manusia biasa, ada masanya terguris juga hati apabila netizen seakan-akan sengaja mahu mencari kesalahan saya. Namun, saya cuba untuk tidak melayan kecaman demi menjaga kesihatan mental.

"Saya pernah mengalami kemurungan, jadi serik untuk berada dalam situasi ini. Cuma, saya kasihan ibu.

"Ini kerana ibu adalah insan paling sedih setiap kali saya dihimpit kontroversi. Namun, saya belajar terima setiap kecaman secara positif.

"Kecaman juga membuatkan saya banyak belajar dan makin bersemangat memperbaiki kekurangan diri," katanya kepada BH Online.



Ketepikan soal kontroversi yang menghambat diri, gadis yang kini digosipkan menjalin hubungan cinta dengan hero gandingan dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Redza Rosli kembali fokus kepada kerjaya lakonannya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Rose memiliki potensi cerah dalam bidang lakonan.

Selepas drama Kekasih Hati Mr Bodyguard melabuh tirai, anak sulung daripada dua beradik itu kembali menerusi drama 3 Nota Cinta yang mengisi slot Akasia di TV3.

Dalam masa yang sama, program realiti, Master In The House Malaysia turut bersiaran di TV3 menyebabkan wajah Rose kelihatan 'back to back' di stesen TV3.



Maka mula timbulnya andaian adakah Rose kini 'anak emas' kepada stesen konglamerat itu?

Namun, tanggapan itu ditepis baik gadis genit itu. Barangkali, ia hanya kebetulan dan mungkin juga rezeki terpijak.

"Sejujurnya, saya tidak pernah merancang untuk membabitkan diri dalam industri lakonan. Namun, tentunya saya tidak melepaskan peluang keemasan.

"Lagipun, niat saya mahu menerokai sesuatu yang baharu. Bagaimanapun, siapa sangka, tawaran datang silih berganti.

"Saya niatkan dalam hati mahu belajar dan cuba memperbaiki mutu lakonan setiap kali menerima tawaran. Jauh di sudut hati, saya memang seronok dan tidak menyangka masih dipanggil berlakon," katanya.


Diperkenalkan menerusi drama Cerita Hantu Asrama pada 2019, Rose sedar, pengalamannya juga masih terlalu hijau dalam dunia lakonan

"Sebab itulah, saya tidak kisah membiarkan ada yang mengecam saya kayu dan sebagainya.

"Saya memerlukan teguran dan kritikan. Apabila adanya teguran, ia memberikan saya semangat untuk belajar dan menyelami karakter lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam drama 3 Nota, Rose berkata, dia berjaya mengutip pengalaman baharu apabila membawakan watak isteri kepada pelakon Ashraf Muslim.



Katanya, bukan mudah buatnya membawakan babak yang memerlukannya bermain emosi dan kemarahan sebagai isteri.

"Namun, saya bersyukur pengarah dan Ashraf banyak membantu ketika penggambaran.

"Malah, saya kini sudah membuang rasa kekok di lokasi penggambaran, sebaliknya semakin dapat menyesuaikan diri sebagai pelakon," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-4-2022 03:59 PM
puji-pujian reporter sangkak jugaklah punca sampah social media macam dia ni jadi bahan berita...walaupun tibaiunta - tiada bakat untuk dipertaruhkan!
Quote Kurex 6-4-2022 04:21 PM
Sesungguhnya iols berpuasa... Jari menggigil nak menyumpah
Quote rayna_raynes 6-4-2022 09:38 PM
I still ok dgn dia. Dia boleh explore lagi talent yg ada untuk variasi. otherwise balik balik muka yang sama
Quote Nsz1314 6-4-2022 10:00 PM
Aku rasa better dia dr mira filzah.. Hahaa tp mira mula2 masuk berlakonn dia comel wlaupun kayu jgak. Pah ni aura tua dia nmpk sngt
Quote likilu 6-4-2022 10:25 PM
Muka gigih repair, cubaan jadi menantu tiri penyanyi nombor, dandan tak sangka dapat tawaran berlakon

Sorry, kalau cantik putih persatuan acik forum boleh backup, Sila Cuba lagi cari kedai repair yg lain pulak
Quote Tunan 6-4-2022 11:04 PM
likilu replied at 6-4-2022 10:25 PM
Muka gigih repair, cubaan jadi menantu tiri penyanyi nombor, dandan tak sangka dapat tawaran berlako ...

Dia repair muka tang mana uols
Hidung ke
Atau gigi

Iols baru kenal masa drama tv3 baru ni
Kdg2 cantik kdg2 biasa2
Quote doubleA 6-4-2022 11:14 PM
Apadehal kena kecam pun menangis atas tilam empuk makan sedap, worth la kecam pun tetap kaya
Quote rayna_raynes 6-4-2022 11:16 PM
likilu replied at 6-4-2022 10:25 PM
Muka gigih repair, cubaan jadi menantu tiri penyanyi nombor, dandan tak sangka dapat tawaran berlako ...

Rasanya takde repair pun kecuali putihkan gigi. Sama je muka dia dulu zaman jd model tudung dgn skrg

Quote becir 7-4-2022 12:19 AM
Baru 23 ke? Yang dulu kulu kilir ngan anak dato k berapa umur dia..remaja lagi sibuk ingratiate herself in that family, tak tau malu ke?
Quote sharlenetexas 7-4-2022 01:37 AM
Sheols ni berlakon do you love me captain. Tak taulah kena ke tak dgn watak. Hero pun mcm tak best.


Quote sharlenetexas 7-4-2022 01:38 AM
Ada mix jawa patutlah kadang2 nmpk mcm jongos skit.

Quote sektorswasta 7-4-2022 05:15 AM
becir replied at 7-4-2022 12:19 AM
Baru 23 ke? Yang dulu kulu kilir ngan anak dato k berapa umur dia..remaja lagi sibuk ingratiate hers ...

Hang kalau nak ckp kat pahrose mcm ini, hang kena ckp kat ex anak tiri bernombor yang lagi satu. Yg buat make up bawah nama ctdk lagi. Beautyra ke pentah.
Untung minah itu. Bisnes mesti tak hancur sbb duduk bawah ctdk. Senang je hidop koo naik mcmtu.
Quote SpyLeman 7-4-2022 05:33 AM
Dia ni masih lg ke berkapel dgn anak bungsu Dk?
Quote likilu 7-4-2022 09:18 AM
Tunan replied at 6-4-2022 11:04 PM
Dia repair muka tang mana uols
Hidung ke
Atau gigi

Gigi la paling obvious kan

Maybe haritu tak sempat couple lama sikit else biras n mertua tiri sempat ajak tag team pergi kedai buat muka?
Quote bankerpencen 7-4-2022 10:39 AM
Masa kapel dgn anak tok k tu laju je tudung terbang. Kalau tak makeup muka biasa sangat. But good la it means her face takes on makeup rather well… nampaklah elok sikit kejadian lepas makeup. Tapi maaflah memang takde talent. Model tudung lain banyak lagi lawa dari muka dia ni
Quote Tunan 8-4-2022 08:53 PM
bankerpencen replied at 7-4-2022 10:39 AM
Masa kapel dgn anak tok k tu laju je tudung terbang. Kalau tak makeup muka biasa sangat. But good la ...

Tp dia tak ngaku kan tudung terbang
10 minit je katanya sbb basah
Quote Tunan 8-4-2022 08:54 PM
likilu replied at 7-4-2022 09:18 AM
Gigi la paling obvious kan

Maybe haritu tak sempat couple lama sikit else biras n mertua tiri sem ...

Tp tak cantik betul muka dia masa freehair tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.082433 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top