Penulis pasti ramai di antara pembaca di sini masih ingat akan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan banyak lagi. Lagu-lagu yang menjadi fenomena pada era 90-an itu antara -lagu hit yang dinyanyikan arwah Achik semasa dia bersama kumpulan Spin. Untuk pengetahuan semua, Achik meninggal dunia apabila kereta MPV yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Lebuh Raya Kajang-Seremban pada 17 April 2010. Achik atau nama penuhnya Abdillah Murad Md Shari meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Kehilangan Achik meninggalkan kesan mendalam buat peminat dan keluarganya terutama isteri serta anak-anaknya. Ketika kemalangan itu berlaku, ketiga-tiga anak Achik masih kecil. Baru-baru ini, isteri arwah Achik yang mesra dipanggil Tasha memuat naik perkembangan anak-anaknya yang kini sudah meningkat remaja di akaun Instagram miliknya. Tasha sering kali memuat naik kemas kini terbaru dirinya dan anak-anak di Instagram dan mereka kelihatan begitu bahagia sekali. Kadangkala, Tasha akan membuat posting berkenaan Achik, walaupun sudah 12 tahun berlalu kenangan dan memori bersamanya tidak akan mereka lupakan. Tahun lalu, Tasha memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Summaya yang ke-12 tahun. Posting itu menjadi perhatian apabila ramai netizen mengatakan wajah anaknya bagaikan kembar Achik. Sekadar info, arwah Achik bernikah dengan Tasha pada 18 November 2005. - CARI
|
prince_marhaen: dah anak dia, takkan nak muka ...
prince_marhaen: dah anak dia, takkan nak muka ...
prince_marhaen replied at 6-4-2022 07:31 AM
dah anak dia, takkan nak muka achey kintang atau ameng spring pulak....
cmf_premierleag replied at 6-4-2022 10:31 PM
Arwah meninggal kt h/way LEKAS kan
Few weeks lps arwah pergi, akak lalu jalan tu and pasang radio..m ...
GegarVaganja replied at 7-4-2022 06:05 AM
Ganja sehari selepas kejadian drive kat lekas tu, tengok tempat kejadian dengan papan tanda terbak ...
cmf_premierleag replied at 7-4-2022 06:49 AM
iya..dia terlanggar signboard tepi tu kan.mmg nmpk kesan hitam terbakar signboard tu masa tu.
rasa ...
GegarVaganja replied at 7-4-2022 07:19 AM
Haah. Sampai sekarang, kalau lalu lekas mesti duk teringat kesah arwah Achik ni. Dah la masa zaman ...
ADVERTISEMENT