CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander Langsung Tak Setuju Kantin Sekolah Ditutup Pada Bulan Puasa

6-4-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3685| Komen: 39

Harith Iskander tampil bersuara mengenai isu kantin sekolah yang ditutup sepanjang bulan ramadan di Sekolah kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur untuk melatih murid-murid berpuasa dan menghormati mereka yang berpuasa.


Menerusi hantaran di Instagram, Harith dilihat memuat naik tangkap layar WhatsApp mengenai penutupan kantin sekolah itu turut berkongsi bahawa ketika zaman persekolahannya, individu yang tidak berpuasa menghormati orang yang berpuasa malah pergi makan di kantin sewaktu bulan ramadan tanpa sebarang paksaan.


Foto: IG

“Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yang puasa tahu ada member yang tak puasa (lain agama) tapi kami faham je. Relax je.


Yang tak puasa tahu ada yang puasa, lagi dia orang secara automatik respek kita (tak payah paksa. Waktu rehat dia orang pergi kantin-tak da hal bagi kita."

Tambahnya lagi, Harith turut menyatakan bahawa dia mahu mengetahui bila semua ini akan bertukar hingga pihak sekolah terpaksa melakukan undang-undang sebegitu yang menyebabkan budak-budak yang tidak berpuasa rasa takut dan serba salah berdepan dengan rakan-rakan yang berpuasa.



“Yang saya nak tahu: bila dan tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni?

Yang menyebabkan budak-budak yang tak puasa rasa ‘takut’ atau ‘serba salah’ berdepan dengan kawan-kawan mereka yang berpuasa.

Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yang tak puasa- sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa,” soal Harith.



Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis seperti Deborah Henry dan Che Puan Sarimah Ibrahim turut tampil memberikan pendapat mereka terhadap isu panas tersebut.

“Islam tidak mengenakan kesukaran sedemikian kepada bukan Islam dan ini hanya akan menimbulkan ketakutan dan kemarahan terhadap Islam dan umat Islam," komen Che Puan Sarimah Ibrahim.

“Kita perlu menyelamatkan sekolah kebangsaan dari segala bentuk ancaman. Ibu bapa terus bersuara dan didengari. Ajar anak anda untuk mempersoalkannya," luah Deborah Henry.

“Kesian management sekolah macam ni..”

“Ini akan mendorong dari Hormat kepada BENCI! Orang yang berfikiran sempit melakukan peraturan sedemikian. SEDIH”



Walau bagaimanapun, dipetik dari laporan The Star, yang menyatakan bahawa ibubapa kesemua 11 pelajar bukan Islam bersetuju dengan penutupan kantin sepanjang bulan puasa, dan menambah bahawa mereka boleh menyediakan makanan dari rumah untuk anak-anak mereka. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 6-4-2022 03:20 PM
pegi la jumpa GB sekolah tu tnya. dah kau memekak nk viral kat ig buat ape
Quote prince_marhaen 6-4-2022 03:35 PM
botak gundu kepam ni kalau hal-hal libatkan Islam & Melayu & kerajaan Malaysia dialah terpaling woke & terpaling 'Malaysia'...acah-acah berfikiran urban & maju...padahal feeling-feeling kapir celop...kapir pun tak ngaku dia geng kapir...isu-isu sosial lain buat senyap je...isu kutuk melayu ke kutuk islam...diam tak berkutik... hanjeng..
Quote Yunho 6-4-2022 03:36 PM
biasa la dia ni nak tunjuk pandai...dia bg duit ke tuk org kantin tu nak beroperasi....
tak yah layan...keje dok amik kredit....botak nak org ingat dia hidup lg...
Quote watie79 6-4-2022 03:36 PM
asal ada isu viral jer dia pon naik sama nak viral jugak..apa komen anda rakan2 kiasu anda isi minyak subsidi ron95 tuh ?? tu yg terbaru kencing merata hala...nampak mcm bertamadun rupanya tidak...terlepas ke nagara orang mcm syai*** perangai memasing...negara sendiri berpaksikan undang2 mcm korea utara kan.
Quote Bergosip 6-4-2022 03:53 PM
Kalau sekolah tu ramai student non-malay, ok je nak buka kantin.

Tapi, kalau student non-malay kurang dari 15 orang.  takut pihak kantin yang rugi nanti. menu makanan pihak kantin bukan 1 je dan pelajar ada lain2 citarasa. ada murid suka makan sandwich, ada suka makan nasi lemak, ada suka bihun goreng. kalau dia masak semua jenis makanan, yang beli hanya 20 student (lain2 menu). rugi lah pihak kantin. rugi dari segi barang basah, tenaga dan masa
Quote auntyonion 6-4-2022 03:59 PM
Apalah masalahnya dia ni..nyampahhh
Quote azie5zoe 6-4-2022 04:01 PM
Kalau iols yang jadi makcik kantin iols pun taknak niaga, takut tak balik modal.
Quote lattehazelnut 6-4-2022 04:05 PM
Family kau puasa x?
Hahahahaha hilang pahala puasa i
Quote ~boolean 6-4-2022 04:11 PM
Kenapa poremer hentam si botak ni?

Memang bodoh pun tindakan tutup kantin bulan puasa...ini sekolah rendah, bukan sekolah menengah nak guna alasan "menghormati orang berpuasa'..puasa tak diwajibkan pun untuk budak2 yang belum baligh..

Quote Nenasketum 6-4-2022 05:22 PM
Dia anto anak kat sekolah srk mana ek? Aku dedulu sekolah Convent, owner kantin pun cina, rilek2 semua cikgu & students melayu makan.
Quote likilu 6-4-2022 05:33 PM
Dia ingat kalau dia consistent membawang macam caprice dia boleh celen Ukraine president former actor/ comedian?

Huru hara la negara kalau semua pandai condemn je ikut pendapat sendiri, childhood sendiri, tapi gagal nak obtain factual evidence berdasarkan case in question.

Tak kelakar tau
Quote renko 6-4-2022 05:52 PM
~boolean replied at 6-4-2022 04:11 PM
Kenapa poremer hentam si botak ni?

Memang bodoh pun tindakan tutup kantin bulan puasa...ini sekolah ...

tiba2 geng pesbuk muncul lak kt sini
hahahaha
Quote matjerk 6-4-2022 07:08 PM
Tak, masalahnya kenapa dia kena tanya kita????? Kenapa dia x tanya PIBG sekolah tu je????
Quote zeetot 6-4-2022 07:10 PM
Extremenyaaaa sekolah tu. Botol air pun tak boleh
Quote LiveYourLife 6-4-2022 07:14 PM
rasanya kantin kalau buka, tak untung sgt. Kena pikir pengusaha juga.
Quote Hoola 6-4-2022 07:49 PM
Dia mai dah.....
Quote sleepandream 6-4-2022 07:53 PM
kau ingat suka2 je ke tutup kantin kalau ada student non moslem kat sekolah tu?
lagi2 kalau ada student yg dpt bantuan makanan tambahan...
kalau ada cikgu2 non moslem situ mesti bising punya...
ni dia tutup sbb dah consult mak pak 11 org student non moslem situ yach
Quote imanjannah 6-4-2022 08:08 PM
klu tutup pun sebb murid non muslim sikit, jgnla sampai budk2 tu nk bawak air pun x boleh, apa kena sampai kluarkn arahan gitu.. budak2 kot..
Quote nakkomenjugak 6-4-2022 08:16 PM
kalau bawak bekal dari rumah, okay takde hal
tapi tak boleh bawak air???
punya menggelegak panas tu haa

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074237 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top