CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Konsert Justin Bieber: Ustazah Asma Bimbang Ibu Bapa, Anak Tak Sempat Taubat Sebelum Mati

6-4-2022 03:03 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7230| Komen: 115|Original author: LilRose

Bertubi-tubi kecaman dilemparkan terhadap pendakwah bebas Asma Harun dek tegurannya menghalang ibu bapa dari membenarkan menghadiri ke tempat maksiat seperti konsert Justin Bieber.



Kredit foto: Bandwagon Asia/FB

Apa yang menyedihkan adalah kecaman itu datang daripada golongan ibu bapa sendiri.

"Katanya, pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang dan lain-lain yang lebih pedih.


Kredit foto: FB


"Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzinaan," tulisnya terkilan dengan sikap ambil lewa ibu bapa.


Kredit foto: FB

Lebih pedih apabila ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan “Alahai itu Justin Bieber je, itu sekadar hiburan je, bukan selalu sekali sekala je, kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti memberontak, jika berdosa nanti taubatlaaa”.

Berikutan itu, Ustazah Asma bimbang ibu bapa dan anak mereka tidak sempat bertaubat sebelum mati.


Kredit foto: FB

Dalam masa sama, Ustazah Asma tetap dengan pendiriannya untuk terus memberi teguran apabila melihat sesuatu kemungkaran.


Kredit foto: FB

Biarlah dikecam asal berani menegakkan kebenaran di jalan yang benar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-4-2022 03:17 PM
bersiri ye rengekan beliau...
Quote renko 6-4-2022 03:18 PM
oii ostajah bieber
baik kau ulas pasal budak kecik dipaksa berpuasa
tengok apa pandangan dia plak
Quote salimrock 6-4-2022 03:22 PM
aku pn bimbang juga, tp  takde la smpai nak halang anak2 berhibur, zaman aku dulu pn mak bapak aku bagi RM 20 gi tgk konsert XPDC,

1996 rm 20 tu cam 50 tau, bei rokok perilys, masuk funfair,

nasib baik zaman tu takde orang kecam di media social,


dah skrg ni zaman justin bieber, nak buat cam ne...

zaman aku dulu michael jackson dtg KL, jem jalan sultan ismail tu , semua berkumpul depan concorde hotel

aku yakin JB tak akan dpt layanan mcm MJ tahun 1990 an dulu
Quote Dwdrum 6-4-2022 03:26 PM
Jenis jiwa tidak tenang ukur syurga neraka orang...
Quote cikatilia 6-4-2022 03:27 PM
isu pilihan dia mmg isu2 terpilih sahaja ya...
artsi2 aje ferevetnya

yg lain2 isu berat bisu
Quote dani-rox 6-4-2022 03:28 PM
setazah talibanista ni lg...

pergi la pindah afghanistan sana, kalo semua benda buat ko sedih kat tanah air nih. selagi org tak hidup miserable mcm dia, selagi tu la sibuk nak dictate hidup org. biol punya pompuan
Quote anony-mous 6-4-2022 03:33 PM
Itu la susah klau dpt ustaz ustazah xpernah jd nakal dlu2. Duk fikir jugak la celah mana maksiat?? Wayang tu lg maksiat. Susah nk ckp dgn org xpernah ke konsert. Retis pon JB, bukan hard core metal ke apa
Quote lattehazelnut 6-4-2022 03:35 PM
Edited by lattehazelnut at 6-4-2022 03:36 PM

Dia tau ke x concert tu macam mana sebenarnye.. cerita sembang kencang macam budak2 tu pergi strip club atau rumah pelacuran..
Mak bapak pun ramai je ikut gi concert bieber tu..
Quote Kurex 6-4-2022 03:38 PM
Pergi konsert tu kira dosa besar ke pompuan??
Terus teringat sekor binatang ni, iols menari utk kebudayaan melayu. dia boleh tutup radio. 3 kali dia buat mcm tu. Dalam kelas agama kemain menyindir group kebudayaan. Katanya "menari ni balasan dia adalah neraka. Dekat neraka dipakaikan gelang kaki & menari atas bara api
Quote xtinkerbellx 6-4-2022 03:42 PM
JB je kot.. bukan Blackpink yg sexy tu.
Quote angelofish 6-4-2022 03:51 PM
mati tak sempat bertaubat gara gara Justin Bieber???  ustazah ni tak percaya ke kewujudan neraca al mizan?  masuk syurga neraka bukan di sebabkan kita mati tengok justin Bieber ke ,mati mencuri ke .
Quote angelofish 6-4-2022 03:54 PM
kalau guru agama mati masa liwat pelajar pon.belum tentu masuk neraka.sebab neraca  amalan tu timbang amalan kita dari akil baligh sampai mati.bukan timbang masa nak mati je.
Quote matseh 6-4-2022 04:22 PM
Sama juga. Aku pegi tgk bola kat stadium.
Sama tak?
Quote tripleid 6-4-2022 04:31 PM
Edited by tripleid at 6-4-2022 04:35 PM

Setazah x tau kot, kes2 ustak yg meliwat,merogol sume tu dorg x penah pi konsert retiss pungg sbb dok atas sejadah doplohpatjam tapi ujung2??
Quote Myhappyending 6-4-2022 04:41 PM
Saya ok je nasihat ustajah tp bila bff ustajah jahlopa tunggang ustajah bekap dia saya mcm hmmm lemahhh
Quote ifanonline 6-4-2022 04:47 PM
ibu bapa sekarang ramai yg jahil dan liberal...mengaji oversea menyebabkan mereka terpengaruh dgn budaya barat...golongan kapir suka dgn perkembangan ini kerana mereka berjaya menyesatkan umat islam melalui kaedah pendidikan barat...
Quote white_musk 6-4-2022 04:49 PM
Akak dapat merasa Ustazah  ini adalah ustazah yang paling bagus dalam dunia, nasihatnya seperti nilai2 positif yang tidak terhingga....

jika diizinkan akak mahu dermakan segalanya pada ustazah kerana ustazah lah umat maknusia cemerlang dunia akhirat...
Quote manjalara_01 6-4-2022 04:50 PM
tripleid replied at 6-4-2022 04:31 PM
Setazah x tau kot, kes2 ustak yg meliwat,merogol sume tu dorg x penah pi konsert retiss pungg sbb do ...

Setahu i la, pendakwah2 famous ni semua ade kepentingan masing2. Sbb tu isu2 remeh tu ramai nk tegur tp mcm kes dera isteri sampai cacat kekal kat hospital sambil beranak baby adik yg jaga tu xde sorg pendakwah pun berani nk menegur. As though isu kes dera isteri tu bukan maksiat???

Bab Will Smith tampar Chris Rock laju je jd topik perbincangan ustaz2.


Quote white_musk 6-4-2022 04:50 PM
ifanonline replied at 6-4-2022 04:47 PM
ibu bapa sekarang ramai yg jahil dan liberal...mengaji oversea menyebabkan mereka terpengaruh dgn bu ...

Betul tu dik ipan andartu
sepatutnya kita semua mengaji di timur tengah sahaja. no more hantar student kita ke amareka ataupun uk

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099712 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top