Kisah keretakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Rossa Sera bagai tidak berpenghujung. Selepas Shuk selamba menayang kekasih di ruang awam, Sera menerusi Instagram meluahkan rasa kasihnya terhadap anak-anaknya.
"Aimi Ain masih ada mama. Mama akan berusaha mencari nafkah buat kamu berdua selagi mama masih bernyawa," tulisnya di ruang kapsyen bersama video menaiki penerbangan ke Sabah bersama dua anaknya itu. Mungkin dihimpit perasaan takut ekoran hubungannya dengan Shuk semakin berantakan, Sera seolah-olah memberi bayangan bahawa dia bimbang anak-anaknya itu akan meninggalkannya suatu hari nanti.
Di ruangan komen, ramai memberi semangat kepada Sera agar terus kuat demi anak-anak. Pun begitu, ramai semakin kurang senang dengan tindakan Sera yang kerap mengeluh dan meluahkan perasaan di laman sosial. Sera kan seorang influencer yang menjalankan perniagaan. Mestilah pengikut ingin mengikuti perkembangan kehidupannya kan? Malah, ada juga yang menangkis dakwaan netizen menuduh Sera mengaibkan suami sendiri sedangkan Shuk sendiri membuka aibnya apabila berjalan berdua dengan wanita lain. - CARI
|
elzy replied at 6-4-2022 02:05 PM
Agak2 kalau Syuk tak jadi artis apakah profession dia..
bahagiaselalu replied at 6-4-2022 03:33 PM
Jual ayam kat pasar ????
ADVERTISEMENT