CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kak Long 7E Menyesal, Jadikan Ramadan Peluang Baiki Akhlak

6-4-2022 10:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2102| Komen: 19|Original author: Tatod


Wanita yang mesra dengan gelaran Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura tidak mahu terus terperangkap dengan kisah lalu membabitkan beberapa siri kontroversi mengenai dirinya.

Malahan, wanita berusia 34 tahun itu kini boleh menarik nafas lega apabila namanya semakin sepi daripada menjadi bahan kritikan dan kutukan netizen. 

Pastinya sambutan Ramadan pada tahun ini sedikit berbeza selepas penularan videonya pada Mac lalu. Dia mengakui hasil jualan kosmetik merosot gara-gara diboikot pengguna.


Ibu kepada dua orang anak itu menyesali perbuatannya dan ingin fokus untuk memperbaiki dan mendekatkan diri dengan Allah.

"Kejadian itu menyebabkan saya diboikot. Hasil jualan menurun dan saya rugi. Namun, saya tidak berhenti solat hajat agar kes saya selesai. Saya harap Allah membantu untuk memudahkan segala urusan sepanjang Ramadan.

"Perkara lalu biarlah jadi pengalaman dan pengajaran. Saya berusaha untuk baiki akhlak, adab dan terus buat kebaikan. Sekarang ini saya fokus pada bisnes dan keluarga. Pada bulan suci ini, saya mahu dekatkan diri dengan Allah.

"Saya jadi trauma disebabkan kes viral itu. Semoga perkara yang sebelum ini terjadi tidak akan berulang lagi. Saya sudah menyimpan niat untuk berjaya dan mahu kongsi pula rezeki dengan orang lain," katanya kepada Mstar.

Sumber FB

Kejadian tersebut memberikan impak besar dalam kehidupan Kak Long. Malahan, dia yang sedang sibuk menjalankan perniagaan makanan bersama ibunya, Kamsah Haizam di Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun mengakui ada rasa malu duduk berniaga di sana.

"Mahu bantu ibu dari segi kewangan, saya tidak berduit jadi saya tolong dengan kudrat. Walaupun malu duduk di bazar tetapi saya tetap berniaga demi meneruskan kehidupan.

"Memang ada pelanggan yang pandang kerana cam wajah saya selepas video tular. Ada juga yang tanya, betul ke saya Kak Long?," katanya.

Sumber FB

Terdahulu, wanita kelahiran Terengganu itu dikecam teruk selepas tular video 'serangan' di kedai serbaneka 7Eleven.

Namanya kemudian terus menjadi bahan kutukan apabila rakamannya ketika berada di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) turut ditularkan.

Kemuncaknya adalah apabila Kak Long menjadi tetamu jemputan salah sebuah program Al-Hijrah dan tersebar pula videonya yang memaparkan dia seolah-olah meniru gaya orang kelainan upaya (OKU). -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-4-2022 12:01 PM
Iollss rasa netizen berat nk maafkan dia sebab muka dia ni bukan taraf hannah delisha..ehehehehehhe
Quote hareeeesah 6-4-2022 12:23 PM
mamajawie: Iollss rasa netizen berat nk m ...


Hahaaha.. rupa dia mcm umur dah 40’s acik-acik sangat
Quote prince_marhaen 6-4-2022 12:35 PM
dia je teruk kerja sampai nak viral, laki sheols ni biawak ke? nak kesian tapi meols takde soft spot kat sheols mahupun mak sheols.... terbayang nak beli makanan, tapi masa masak tu sheols dok pok pek pok pek anak beranak maki2 orang air liur masuk dalam makanan...aaa gitthew hati hitam meols
Quote mizruncing 6-4-2022 01:21 PM
hahaha tetap boikot. sendiri bikin masalah. kalau senang2 je org maaf n lupakan mmg makin byk la kes macam kau lepas ni
Quote _kelly 6-4-2022 01:36 PM
ni semua salah marketing sifu ajar orang niaga buat live sembang bukan2..acah2 gedebe maki sana sini dengan harapan viral dan tambah follower..skang ni dah makan diri, padan muka je la tapi kak long jangan risau, netizen mudah lupa..esok2 glemer balik la tu
Quote renko 6-4-2022 01:38 PM
sapa yg g beli tu mmg bodoh
siap bergambar pale tonya dia
Quote anony-mous 6-4-2022 03:40 PM
Klau aku mmg idok la nk beli dari sheol. Perangai mcm tu mesti pengotoq. Xtau kenapa auto kembang tekak tgk mknan dia jual
Quote xtinkerbellx 6-4-2022 04:03 PM
Tak tergamak nak beli makanan dgn org yg mulut gini. Baju makeup takpe lagi
Quote Adrif 6-4-2022 04:49 PM
Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun mengakui ada rasa malu duduk berniaga di sana


okay.. noted.. akan dijauhi.. terima kasih
Quote makadek 6-4-2022 10:16 PM
hareeeesah replied at 6-4-2022 12:23 PM
Hahaaha.. rupa dia mcm umur dah 40’s acik-acik sangat

Hepss aku 40an pn depa yg baru kenal igt late 30s tau muda 4tahun dr aku lak tu ...
Quote makadek 6-4-2022 10:18 PM
Pergi mamps
Laaa aku block dh fb2 dia
Bangang mana la like post2 dia sampai ratus2
Siap doa konon puih bodo
Quote hareeeesah 6-4-2022 10:25 PM
makadek replied at 6-4-2022 10:16 PM
Hepss aku 40an pn depa yg baru kenal igt late 30s tau muda 4tahun dr aku lak tu ...

Hahah untung la muda dari umoq kaka..
kejenya dok marah maki org je tu yg cepat tua kot..
Quote saviour_09 7-4-2022 02:30 PM
KUK MUNG AAAHHHH
Quote Lagubestbest 7-4-2022 08:46 PM
nampak fake la pulak kaklong kuajaq tetibe tunduk sopan tunjuk nasi macam tu.
Quote Goodluckdontcry 8-4-2022 12:11 AM
Insaf SBB ko kene kutuk je..solat hajat?? Knp den rs MCM Susah percaya je..tp Mgkin la kut die buat...tp sape beli mknan Dr die, konfirm ko bodoh dik..tgk pun sejenis yg buat kerja MCM xbersih je, plus mulut level longkang...Kalau den, xlalu nak makan...uwekkkk
Quote ~boolean 8-4-2022 05:48 AM
Geli memikirkan air liur mulut longkang ni jatuh dalam nasi ayam..
Quote asfaz 8-4-2022 08:58 AM
anony-mous replied at 6-4-2022 03:40 PM
Klau aku mmg idok la nk beli dari sheol. Perangai mcm tu mesti pengotoq. Xtau kenapa auto kembang te ...

Ai lak mbayangkan masa dia siapkan makanan tu meratib mencarut abehla ada tempias air hujan
Quote laksmanabentan 8-4-2022 09:15 AM
bukan ker aritu siap menangis bagai dengan influencer kata laki dia kat spital..
lepas tu video makan kat kedai makan, elok pulak ada laki dia...
propa la dia nih... hahahahaha...

mengharapkan viral lepas tu orang akan beli ker??
good luck la ya......
Quote makton 8-4-2022 10:20 AM
aku susah nak percaya keinsafan makcik ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.191275 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top