Selepas dua tahun ‘terkurung’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19, pelakon Atikah Suhaime gembira apabila akhirnya dapat meraikan ibadah puasa bersama keluarganya di Singapura.
Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 31, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia begitu teruja untuk meluangkan masa bersama keluarga di Singapura dan telah melangsaikan kerja di Malaysia. “Mestilah saya rasa sangat gembira. Sudah dua tahun saya tidak berjumpa keluarga di Singapura. Saya sangat seronok kerana tahun ini dapat berpuasa bersama keluarga. “Selama dua tahun tidak dapat pulang ke Singapura kerana pintu sempadan kedua-dua negara ditutup, saya terpaksa bekerja walaupun ketika bulan puasa. Jadi tahun ini saya mahu ‘membalas dendam’ untuk meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya.
|
Timortimur replied at 6-4-2022 11:57 AM
Skrg time Ramadhan kenapa ye Malaysians dok melancong ke luar negara eg pasangan laki bini ungkamal, ...
ADVERTISEMENT