CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Raudhah Sedar Diri Ada SPM Je, Mula Berjinak Buat Bisnes

6-4-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1521| Komen: 6

Suatu ketika dahulu nama Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan dunia lakonan, namun aktres itu memilih untuk memperlahankan karier seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.


Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 itu mengakui sehingga kini dia masih menyimpan perasaan rindu terhadap dunia lakonan.

Foto: IG

Masih menerima tawaran, pelakon berusia 37 tahun ini tetap mahu mengutamakan lima anaknya iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan).

"Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan.


"Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba.



"Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

"Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata," kata Ayu kepada mStar.



Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian perempuan dan lelaki serta tudung.

Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi pelajaran paling bernilai.


"Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun.

"Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga. Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.



"Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan," kata Ayu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 6-4-2022 10:13 AM
Masih terbayang lagi laki kau tgh menumbuk sambal..sambil terjelir2 lidah mcm anjing kehausan
Quote beta_carotene 6-4-2022 10:25 AM
takpe nok. belajar takat spm je, tp kalo muka lawa, hidup ttp senang.

andartu2 master phD bagai semua ni blajar tinggi2 pun serabut kepala
Quote KamikuP 6-4-2022 10:34 AM
Kontol lakimu tetap menjadi dambaan acik2 porum
Quote babelina 6-4-2022 10:38 AM
klau dh ko femes.. bniaga apa pn laku.. xyh la nk mention spm bagai..
Quote nawtylulu 6-4-2022 10:46 AM
ko SPM pon org da knal ko, jd je nk bisnes..
Quote ambipur 6-4-2022 12:01 PM
beta_carotene: takpe nok. belajar takat spm j ...
andartu sume idop senang xkebulo harap jantan nk idop apa yg serabutnya?didoakn bulan pose ni ank ko jd andartu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070241 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top