Sejak berlakunya pandemik COVID-19, semakin kerap kita mendengari ataupun melihat berita berkenaan dengan pasangan bernikah ketika dibangku sekolah. Sama seperti video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai soyuznara. Menerusi video itu kelihatan si suami sedang menghantar isterinya ke sekolah.
Video berkenaan telah viral dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizem yang menonton video itu mengecam tindakan pasangan tersebut kerana perkahwinan di bawah umur tidak patut dinormalisasikan di negara ini. Namun penulis tidak mempunyai sebarang info berkenaan umur si isteri yang masih bersekolah itu. Tetapi jika melihat kepada video berkenaan, gadis tersebut mugkin dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan keputusan pasangan itu untuk kahwin pada usia yang begitu muda dan belum cukup matang untuk menghadapi ujian berumah tangga. Walaupun ramai yang mengecam pasangan itu, masih ada sesetengah netizen yang merasakan perkara itu tidak perlu dibesarkan kerana bila bercakap soal jodoh dari Allah, maka siapalah manusia untuk menghalangnya. -CARI |
UMMI_MAI replied at 5-4-2022 04:56 PM
bukan masa sekolah x blh kahwin ? peraturan . Kalo kawin x leh sekolah kerajaan
exclusive_vvip replied at 5-4-2022 07:30 PM
itu la tu..rasa mcm xleh berdebo lah kalu dah kawen..kecuali la skolah kat skolah swasta kot
mandear11 replied at 5-4-2022 09:42 PM
LOL ..berjaya dia viral....padahal BF je...bukan kahwen pon...nak buat content je tu...hehehehehe... ...
anony-mous: Gatal nya poen bebudak skrg. B ...
ADVERTISEMENT