Kebersihan diri kita merupakan salah satu perkara yang perlu diambil berat kerana ianya menggambarkan penampilan seseorang itu. Walaupun ramai yang menikberatkan kebersihan diri, masih ada sesetengah individu yang tidak peduli tentang kebersihan diri mereka.
Baru-baru ini, viral satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Dewiyahya79. Menerusi video itu kelihatan wanita tersebut diminta oleh salah seorang follower untuk makan dengan menggunakan kukunya yang sangat panjang. Video yang berdurasi kurang dari dua minit itu menunjukkan wanita berkenaan membuat demonstrasi cara makan makanan dengan menggunakan kuku yang panjang. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan netizen yang menonton video tersebut. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga Tiktok meluahkan rasa kurang senang mereka dan mempersoalkan kebersihan diri wanita dan bagaimana dia melakukan perkara lain dengan kuku yang panjang itu. -CARI Sumber: Tiktok Dewiyahya79 |
glump replied at 6-4-2022 09:14 PM
Ada yg suka simpan kuku panjang kat ibu jari ngan jari bongsu...bila baking ke masak macam mna yek.. ...
ADVERTISEMENT