CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Buat Macam Ni," Ramai Salah Anggap Ingat Cikgu Cubit Murid, Rupa-Rupanya...

5-4-2022 03:36 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1554| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok qasehsurprisegift87


Sejak sesi persekolahan bermula, pelbagai cerita yang kita dengar mengenai guru dan pelajar. Ada kisah yang membuatkan ramai tertawa dan ada juga kisah yang tak sedap didengar.


Baru-baru ini viral video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai qasehsurprisegift87. Menerusi video itu, kelihatan seorang guru didakwa telah dituduh oleh ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu yang dikatakan telah mencubit anaknya. Guru dan ibu kepada pelajar tersebut telah bersemuka untuk mendapatkan penjelasan berkaitan hal itu.


Video itu kemudian bersambung ke bahagian kedua di mana guru berkenaan telah membela dirinya sedaya upaya kerana dia tidak 'mencubit' pelajar itu. Guru itu juga minta ibu kepada pelajar itu bertanyakan kepada guru lain tentang sikapnya kerana dia tidak pernah mencubit pelajar sepanjang 20 tahun dia bekerja di sekolah itu. 


Namun disaat keadaan semakin tegang antara kedua belah pihak, dan ibu kepada pelajar itu telah meminta guru berkenaan ke tempat meletak kereta yang mana dia kemudian diberi kejutan hari lahir. Satu Malaysia kena April fool! 

Di bahagian terakhir video itu, pemilik video menjelaskan bahawa video sebelum ini hanya prank semata-mata yang dibuat sempena hari lahir guru berkenaan dan idea surprise tersebut datang dari rakan guru di sekolah itu.

Walau bagaimana pun, video itu telah menimbulkan kebimbangan netizen kerana ia boleh memberi tanggapan buruk terhadap guru itu kerana video yang dimuat naik mempunyai 3 bahagian. Apa yang terjadi jika netizen tidak melihat keseluruhan video berkenaan dan menyebarkan berita palsu berkenaan video itu? 
Sumber: Tiktok qasehsurprisegift87

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan tidak mungkin guru itu mencubit pelajar kerana cara percakapannya yang sangat lembut dan tidak cepat melatah. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-4-2022 07:54 PM
aku pun memula dh angin dgn bapak budak tu....
Quote Gomea 8-4-2022 06:33 PM
Dengar dari cara dia jawab pon tau cikgu ni takkan cubit murid

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.225777 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top