DS Vida sentiasa berkongsi aktiviti hariannya di media sosial. Baru-baru ini ada pula video yang mempertikaikan DS Vida tak duduk semeja dengan pembantu rumah ketika berbuka puasa.
Dalam rakaman tersebut dapat dilihat dua orang pembantu rumahnya sedang makan di meja berasingan. Di Tiktok ada pula yang mempersoalkan tindakan Vida yang didakwa mengasingkan pekerjanya atas faktor perbezaan taraf.
Di ruangan komen ada yang menyampah. Namun ramai juga yang memahami situasi berkenaan. Kata mereka seharusnya memang ada batasan antara pekerja dan majikan. Apa kata anda? -CARI |
ADVERTISEMENT