CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Isteri Saya Tak Suka Barang Kemas, Tak Nak Pakai Satu Pun" - Aliff Syukri

5-4-2022 01:41 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5751| Komen: 36|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri


Lumrah seorang wanita mesti akan suka dengan perhiasan barang kemas. Ada juga wanita yang suka mengumpul barang kemas sehingga mencecah ribuan ringgit. Seperti yang kita tahu, mengumpul emas bukanlah satu perkara yang merugikan kerana ia antara satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka yang panjang. 

Sumber: Instagram Aliff Syukri


Namun lain pula ceritanya dengan isteri kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida. Menurut Dato, isterinya kurang gemar memakai perhiasan emas. Walaupun Datin Shahida mampu membeli perhiasan emas, beliau kurang gemar untuk memakai perhiasan itu. 


Jika kita melihat kebanyakan gambar Datin di akaun sosial medianya, jarang sekali kita melihat Datin memakai emas. Beliau juga kelihatan lebih lebih diri apabila tidak memakai perhiasan emas. Namun, Dato Aliff Syukri pula selalu membebel kerana isterinya tidak mahu memakai emas. Ada kalanya, dia 'memaksa' Datin memakai emas namun Datin tetap tidak mahu. 

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

Baru-baru ini, Aliff telah berkongsikan posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu kelihatan pelakon veteran Ifa Rafiah dan usahawan Kak KM menunjukkan perhiasan emas yang dipakai oleh mereka. Besar dan banyak betul emas yang dipakai oleh mereka. 

Datin Shahida yang turut berasa di dalam video itu kelihatan terkejut apabila Ifa Raziah dan Kak KM menyebutkan harga perhiasan emas yang dipakai. Namun jika dilihat dengan lebih terperinci, Datin Shahida kelihatan begitu manis berbaju kurung, nampak sangat ayu walaupun tidak memakai sebarang emas.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-4-2022 02:43 PM
rela membadutkan diri demi kesinambungan content bisnes laki...
Quote missyL 5-4-2022 02:59 PM
Hodoh plak tgok emas dieorg tu
Besar2 sgt xlawa
Pilih la design lawa2 sket yg simple2 je lagi lawa
Quote jebatmaspunyer 5-4-2022 03:05 PM
x pakai emas jer.. bukan x ada brg kemas. Paling tidak kena bayar zakat. Yang penting time nk pakai ada even x gemar pakai emas.
Quote jebatmaspunyer 5-4-2022 03:08 PM
Tinggi jugak Kak KM tu ya.. kecik jer jadinya Ifa Raziah & Datin Shida tu bila dekat dgn Kak KM.
Quote jebatmaspunyer 5-4-2022 03:08 PM
Tinggi jugak Kak KM tu ya.. kecik jer jadinya Ifa Raziah & Datin Shida tu bila dekat dgn Kak KM.
Quote mizruncing 5-4-2022 03:11 PM
klu aku dok minat laa emas gedabak gitu. kena samun sia2 je. sejenis yg gigih menayang ni mls nak tegur. kang kata dengki. mcm cousin meols ramai tegur suka  pakai cincin n gelang gedabak. cincin smpai 4 kiri kanan. rantai meleret ke dada dgn pkai tdg nyaa. bila org tegur kata dengki dgn hasil titik peluh dia duit laki dia bg bulan2 blablabla dah kena nti tau laa
Quote innocent_me 5-4-2022 03:12 PM
jebatmaspunyer replied at 5-4-2022 03:08 PM
Tinggi jugak Kak KM tu ya.. kecik jer jadinya Ifa Raziah & Datin Shida tu bila dekat dgn Kak KM.

Sebab tu dulu di awal kemunculan dia ramai yg igt dia pondan, sbb dia badan tinggi dan rangka besar. Suara pulak tak ayu mana
Quote HoneyManjer 5-4-2022 03:13 PM
takpela toklip sep duit...simpan je la tuk anak2 maih tu semua
Quote twins 5-4-2022 03:22 PM
memang ada jer perempuan tak suka barang kemas
aku sendiri pun tak suka... barang kemas pusaka arwah mak pun
aku simpan jer.. kalau raya.. pakai sekejap pagi.. masuk tengahari aku
bukak dah simpan...rimassss...
Quote Lolalala 5-4-2022 03:38 PM
Emas gitu nampak je besar tapi kosong. Nampak ringan je diorg pakai. Atau diorg pakai emas murah tu. Emas 375.  Biar laaa kecik tapi emas padu.
Quote azie5zoe 5-4-2022 04:23 PM
Kalau seutas dua ni nampak serinya tapi kalau pakai yang besar gabak dah macam Mr T dalam cerita The A Team.
Quote mama_cat 5-4-2022 09:20 PM
kalau jenis tali sauh tu mmg aku tak minat, kalau design minimalis, ok la.. tu pun aku tak pakai, sbb kat tempat kerja mmg kerj aku tak boleh pakai brg2 kemas ni
Quote lattehazelnut 5-4-2022 09:32 PM
Ni stok emas yang sajad jual dulu ke?
Quote meshni 5-4-2022 10:49 PM
Aku pun jenis kena paksa beli emas. Pakai 12 jam je setahun. Tu pun kena paksa pakai. Tak suka berat kan tangan.. dan honestly warna gold tu boring to me.
Quote hashashes 5-4-2022 11:08 PM
betul ke kalau simpan je barang kemas and tak pakai, nanti kat akhirat brg2 kemas tu jadi bahan bakar kita?
Quote incess.my 5-4-2022 11:27 PM
Ni geng geng bodohkan diri depan camera. Mcm harem pangai masing2.
Quote cupu 5-4-2022 11:31 PM
Dia xpakai pun org tau dia kaya..

Masalahnya klu miskin. Pakai emas betul.pun org kata emas korea.
Quote jargon 6-4-2022 12:08 AM
Aku minat jgkla emas tp bila nengok ponder2 beli gelang lipan sebesar alam buatkan aku turn off..entah knp nmpak mcm kampung dan emas celup…sinonim ponder xpass spm kelas belakang kwen awal,jual produk org jd stokis,pastu kuar produk sndri cth pondesen teh peng basi,pastu kekawan jiran jd agent hari2 promot,ponder keluarkan vellfire dan beli gelang besar tali sauh,style pakaian tudung bwal sanggul unta tinggi,mekap serba pink dekat muka..blusher pink dr bawah mata dan maskara capuk..starter kit of ponder
Quote zehra2 6-4-2022 05:36 AM
anak2 normah  damanhuri mmg tinggi belaka.. kot berisi mmg nmpak tegap bagak laa

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.039422 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top