CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Saksi Yasin Mengamuk Di Studio, Marah-Marah Sampai Keluar Kata-Kata Kesat

5-4-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8153| Komen: 45

Susulan penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah, penyanyi Hafiz Hamidun turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.


Pernah bekerjasama dalam penghasilan album sebelum ini, Hafiz, 38, berkata dia mengetahui Yasin berdepan masalah kesihatan dan sudah lama menderita penyakit bipolar.

Foto: IG

"Saya simpati dengan nasib yang berlaku kepada Yasin sekarang ini. Kita tidak boleh faham dengan apa yang dia lalui selama ini.

"Bagaimanapun saya tidaklah menyokong tindakan yang dilakukan sehingga ditahan pihak berkuasa," katanya kepada mStar.


Hafiz ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaru kumpulan Rabbani berjudul Husnul Khatimah yang diadakan di Dsaji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Isnin.



Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac lalu kerana memiliki ganja.

Susulan itu dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi pengalaman melihat Yasin mengamuk ketika berada di studio rakaman miliknya sekitar tahun 2018.



Gara-gara insiden itu, Yasin berulang kali memohon maaf apabila mereka bertemu.

Hafiz bagaimanapun mengakui tidak menyimpan dendam kerana mengetahui masalah kesihatan yang dialami.



"Dia datang ke studio dan terus marah-marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

"Namun selepas kejadian itu dia akan sentiasa meminta maaf apabila kami berjumpa. Saya tidak pernah menyimpan dendam kerana tahu tentang masalah kesihatannya," ceritanya.

Memandangkan kes ini masih lagi dalam perbicaraan, Hafiz memohon orang ramai agar tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum.



"Biarlah mahkamah yang menentukan. Jika baik pengakhirannya saya bersyukur, namun kalau sebaliknya kita perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

"Tidak adil untuk kita sendiri meletakkan hukuman kerana seperti yang saya kata, apa yang dilalui oleh Yasin hanya dia sahaja tahu.

"Ada juga rasa sedikit kesal apabila nama nasyid dikaitkan dengan perkara ini. Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan supaya muhasabah diri dan bertanya kembali adakah kita juga terlibat dengan perkara yang tidak betul," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fry 5-4-2022 10:43 AM
nak jugakkkk sangkut paut...
Quote UMMI_MAI 5-4-2022 10:45 AM
abih tu kalo bipolar buleh tanam pokok ganja ?? bukan 1 pokok plak tu
Quote mimiQo 5-4-2022 10:56 AM
tak nak ketinggalan
Quote mizruncing 5-4-2022 10:59 AM
mula laa semua turun padang nk sokong dia. ramai rupanya tau tp knp tak bantu
Quote kiah_mai_pulak 5-4-2022 11:02 AM
sempat kau bukak aib yasin ni ya
Quote laksmanabentan 5-4-2022 11:03 AM
mizruncing replied at 5-4-2022 10:59 AM
mula laa semua turun padang nk sokong dia. ramai rupanya tau tp knp tak bantu

kannn bior kan aja... lepas tu bila keluar berita..
semua nak menepek tahu ini la... tahu itu la...
hammpehhhh....
Quote mizruncing 5-4-2022 11:38 AM
laksmanabentan replied at 5-4-2022 11:03 AM
kannn bior kan aja... lepas tu bila keluar berita..
semua nak menepek tahu ini la... tahu itu la.. ...

ntah2 dia ambik ganja pon rakan retis semua tau
Quote annehuda 5-4-2022 11:39 AM
habeh pasni kalau orang carut-carut kite tu terus claim bipolar ke hape
Quote gangerina 5-4-2022 11:54 AM
kannn?? bipolar lesen utk ngamuk carut ke...tak paham den...
Quote SANKURIANG 5-4-2022 12:02 PM
Edited by SANKURIANG at 5-4-2022 12:04 PM

Dia ni kawan Yassin ke? Buka aib kawan secara open gini....
Quote deebiz14 5-4-2022 12:09 PM
Ramai plak pembackers ....
Quote chaos_sweetly 5-4-2022 01:29 PM
UMMI_MAI: abih tu kalo bipolar buleh tan ...
btl tu ummi…Sy komen mcm ni terus kena hentam.ktnya setakat daun halus2 dlm pasu.
Quote adeqbun 5-4-2022 01:35 PM
heran lak ramai yg bekap si yaasinn ni
Quote prince_marhaen 5-4-2022 01:38 PM
nakkkkk jugakkkkkk fonen nasyid vottom forever ni sangkut pauttt....taste lettuw kat Yasin.. dalam hati walaupun mental hadik tetap taste gitteww...hehehe
Quote renko 5-4-2022 01:55 PM
hahahahhaha done mencapub
Quote naina 5-4-2022 02:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 5-4-2022 11:02 AM
sempat kau bukak aib yasin ni ya

Tau takpe. Video first 2009 kot melodi ada interview dia, dia kata takda ngamuk2 apa semua cume buat status merepek meraban je nampak cahaya bagai. 2022 Hafiz Hamidun kantoi kan pernah mengamuk. Ayo
Quote adra5028 5-4-2022 04:25 PM
da amik ganja..ko expert apa..kalu da high tu..
Quote cikX87 5-4-2022 04:33 PM
weed ni kat luar tu orang guna sebagai meds je. a source to fight cancer, glaucoma, epilepsy, pain relief. sini semuaaaa takut. tapi arak tonggang, rokok balun, syahbu tu lagi lah. japgi ada la tu nak kondem.
Quote kakakko 5-4-2022 04:44 PM
cikX87 replied at 5-4-2022 08:33 AM
weed ni kat luar tu orang guna sebagai meds je. a source to fight cancer, glaucoma, epilepsy, pain r ...

Malaysia kan tak legalkan ganjah ni. So ikutlah undang2. Bila dah terciduk jangan gelabah sana sini.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.345139 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top