CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tanggung Masalah Kesihatan Sejak 2018, Ziana Zain Hidap Gastrik

5-4-2022 10:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5439| Komen: 51|Original author: Tatod


Penyanyi terkenal, Ziana Zain menzahirkan rasa lega kerana akhirnya menemui penyelesaian terhadap masalah kesihatan yang dialaminya sejak 2018.

Kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu menerusi Instagram berkata, dia pernah melakukan pemeriksaan jantung bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dialaminya.

"Sejak 2018 saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Perut cepat rasa tak selesa, angin dalam badan menyebabkan kesukaran bernafas hinggakan susah untuk tidur malam sehingga saya pergi IJN untuk pemeriksaan jantung. Semua ini menggangu urusan harian.



"Selepas membuat beberapa pemeriksaan, rupanya ada masalah gastrik. Harapnya dengan rawatan yang diberikan, kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah," tulisnya.

Turut memuat naik sekeping gambar bersama Doktor Mustafa Mohamed Taher, Ziana turut memaklumkan ia adalah pertemuan keduanya dengan doktor tersebut dalam usaha merawat penyakit yang dihidapinya.



Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Puncak Kasih itu juga memohon agar peminat mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala agar dapat bekerja dengan lebih baik. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 5-4-2022 11:18 AM
Mmg gastrik ni buat hidup seseorg jd tak selesa. Tidur tak lena, makan tak boleh. Puasa tak bileh. Sedihnya. Harap siapa yg kena cepat2 sembuh
Quote fealefea 5-4-2022 01:17 PM
Mungkin kesan diet baru nk tjk
Quote Nenasketum 5-4-2022 01:26 PM
Gastrik pun nak kecoh ke sis?
Quote buragazz 5-4-2022 02:01 PM
AKu ni dah 4 bulan menanggung.. perut mengeras tapi aku puasa jer.. aku amal kan probiotik ada la lega sikit tapi tak sepenuhnya klu nak serang dia serang gak... tekak pahit sebab asid tu naik kan... tak tau la apa nak buat..
Quote exclusive_vvip 5-4-2022 02:10 PM
mungkin sbb dia stress kot..stress bagi efek buruk pd perut
Quote babelina 5-4-2022 02:19 PM
aku penah kna dulu.. nk tdo telentang pn x bole.. 2 3x juga la kna.. now alhmdulillah sejak kawin elok dh.. agknya mkn jer x sempat angin nk masuk.. hahaha
Quote Siput_Sawah 5-4-2022 02:33 PM
buragazz replied at 5-4-2022 02:01 PM
AKu ni dah 4 bulan menanggung.. perut mengeras tapi aku puasa jer.. aku amal kan probiotik ada la le ...

kau minum ubat Mixture magnesium trislicate. kau minum before makan.Amalkan dlm 1-2 botol nnt npk perubahan. aku minum ubat ni hari hari Alhamdulillah skg dah ok..tapi lepas ok elak makan pedas pedas aje la kena kurang kan.
Quote buragazz 5-4-2022 04:57 PM
Siput_Sawah replied at 5-4-2022 02:33 PM
kau minum ubat Mixture magnesium trislicate. kau minum before makan.Amalkan dlm 1-2 botol nnt npk  ...

Pedas memang paling pantang ekk.. dulu ok jer lepas kene ni sikit jer.. nah kau malam mengidap..Magnesium Trislicate tu yang ubat putih beragin tu ker..
Quote sharlenetexas 5-4-2022 05:02 PM
Dr mustafa org malaysia ke?

Quote cintasuraya 5-4-2022 05:13 PM
Nenasketum replied at 5-4-2022 01:26 PM
Gastrik pun nak kecoh ke sis?

Biar la uols

Fans dia mcm iols nak juga tau kisah ni

Thread ni boleh jdi kongsi ilmu

Quote hzln 5-4-2022 05:20 PM
Sindrom premenopause ke hakakkk
Quote annadonna 5-4-2022 07:48 PM
Nenasketum replied at 5-4-2022 01:26 PM
Gastrik pun nak kecoh ke sis?

Itu ziana zain ya sisssss bukan engko
Quote bintangct 5-4-2022 09:02 PM
utk gastrik iols follow doc hafiz sulaiman.. dia ada bg tips mcm mana xnak bg bloated la.. elakkan gluten
actually iols tgh try diet gluten and diary free utk endo.. kita kat msia ni mmg payah la nk diet mcm tu tp so far dpt cut banyak juga.. period kali ni tak sakit sgt.. ayat lain utk gluten free ni ialah keto diet
diary free iols beli almond milk je
Quote NurAlia14 5-4-2022 09:03 PM
fealefea replied at 5-4-2022 01:17 PM
Mungkin kesan diet baru nk tjk

Nk setuju jgk kesan dr diet..adekah semua yg diet mengalaminye?
Quote mama_cat 5-4-2022 09:29 PM
gastric ni menghantui hidup kami dri sekolah rendah.. asal puasa ja tak leh tggal sahur, makan kena betul, salah makan ja siapppp
Quote allshares 5-4-2022 11:38 PM
Gastrik ni, Kalau nk kurangkan, mkn la secara teratur. Pagi dlm masa sejam lps bgn mkn, lunch 12-2 wajib, dinner 6-8 wqjib mkn.

Iols dgn talk psl pemakanan, dr tu share time2 ni jus gastrik akan active. So seboleh2nya mkn la ikut waktu. Lagi 1 kena sendiri pantau ape yg trigger gastrik sendiri. Mcm iols 1st meal mmg takleh langsung mknan pedas/berlemak auto akan sakit mencucuk dan boleh muntah.

Puasa alhamdulillah so far ok just try to avoid mknan pedas waktu sahur.
Quote evlinne 5-4-2022 11:52 PM
bintangct replied at 5-4-2022 09:02 PM
utk gastrik iols follow doc hafiz sulaiman.. dia ada bg tips mcm mana xnak bg bloated la.. elakkan g ...

Uols ada makan redox tu jugak tak?
Ai pernah tpi tak lalu nak telan sbb rasanya bery tak shedap
Skrg dah ada pek lain pulak

Tpi mmg susah sgt2 nak elak gluten, yis, gula
Banyak jugak pantang larang heols tu utk 2-3 bulan pertama.
Quote bintangct 6-4-2022 12:28 AM
evlinne replied at 5-4-2022 11:52 PM
Uols ada makan redox tu jugak tak?
Ai pernah tpi tak lalu nak telan sbb rasanya bery tak shedap ...


tak penah beli pun sis hahahha sb iols sejenis malas makan ubat Jd iols follow pemakanan yg dia suggest tu je
Quote lasagna 6-4-2022 08:46 AM
bintangct replied at 5-4-2022 09:02 PM
utk gastrik iols follow doc hafiz sulaiman.. dia ada bg tips mcm mana xnak bg bloated la.. elakkan g ...

tapi kwn iols dia amal kan keto, dia kata if dah start free gluten kena maintain kan or else dah tak balance dah keto tu. benar kaa?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top