CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suki Low Arah Staf Tinggal Di Rumahnya, Bimbang Mereka Dijangkiti Covid-19 Hingga Jejas Tempahan Kek

5-4-2022 10:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2908| Komen: 8|Original author: Tatod


Bukan sekadar menyanyi, Suki Low juga sebenarnya sibuk mengusahakan perniagaan dekorasi kek untuk pelbagai acara termasuklah majlis perkahwinan. 

Trauma dengan situasi negara yang turut terkesan disebabkan penularan wabak Covid-19, dia mengurangkan aktiviti luar demi kebaikan dan keselamatan anggota keluarganya.

Malahan, Suki turut meletakkan syarat kepada mana-mana pekerjanya yang turut sama menguruskan tempahan kek agar tinggal serumahnya dengannya.

Jelas Suki, dia terpaksa melakukan tindakan sedemikian bagi memastikan setiap tempahan kek pelanggan dapat disediakan mengikut permintaan serta disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


"Semua staf wajib mengikut syarat utama iaitu tinggal bersama saya. Ia adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Keperluan asas seperti makanan dan tempat tidur juga saya sediakan.

"Mungkin macam pelik tetapi pada waktu ini, saya rasa ia adalah tindakan terbaik yang dapat diambil apatah lagi kami menjalankan perniagaan membuat kek. Kami mempunyai tanggungjawab ke atas semua tempahan yang sudah kami terima.

"Oleh itu, kami kena jalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya sebab ada kek yang membabitkan majlis perkahwinan, nikah dan macam-macam lagi. Kalau kami sakit, macam mana dengan tempahan kek mereka nanti?" katanya kepada Media Hiburan.


Sebagai pengusaha makanan, Suki menyedari tanggungjawab yang mereka galas bukanlah satu perkara mudah. Banyak hal yang perlu dititikberatkan terutama isu berkaitan kebersihan dan kesihatan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote forex 5-4-2022 11:41 AM
juling ka dia ni?
Quote Adrif 5-4-2022 01:45 PM
ada orang suka ya macam ni. situ la tidur, situ la kerja. no need to commute

ada orang takleh, work and private life related kena seperate.
Quote rbmy 5-4-2022 02:26 PM

juling curi
Quote Pujangga22 5-4-2022 06:19 PM

juling air
Quote Fly_over 5-4-2022 06:21 PM
forex replied at 5-4-2022 11:41 AM
juling ka dia ni?

gambar baju pink tu ke?
Quote Perawankota 6-4-2022 01:48 AM
Besar kot umah ya, tu yg OK je staff tido sana
Quote nafham 6-4-2022 09:30 AM
Adrif: ada orang suka ya macam ni. situ la tidur, situ la kerja. no need to commuteada orang takleh, work and private life related kena seperate.


kalaui jenis single and spesis rasa takde life kat luar sana, must as well occupy their time dgn keje je. mmg ada org mcm tu. or jenis nak aim target saving sebanyak boleh for whatever reason.

ada spesis lain pulak yg ada komitmen dkt luar such as family or lifestyle, mmg tak pandang keje ni as prioriti pun. freedom in life is better katanya.

so terpulang lah. we work for living, bukan lives for work gaytoo

Quote tweetytweety 6-4-2022 09:47 AM

a ah..  juling air sekali-sekala dari dia ngejoin OIAM dulu nampak ketara.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079340 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top