Pelakon Ayu Raudhah mengakui gembira dikelilingi anak ramai. Memetik Media Hiburan, Ayu mengakui dirinya rindu kembali beraksi di kaca televisyen. Namun, dia lebih selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga yang menjadi pelengkap membahagiakan hidupnya.
“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami keguguran dua kali. “Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” katanya.
Isteri kepada ketua pasukan Negeri Sembilan FC Zaquan Adha Abdul Radzak itu turut mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang memiliki anak ramai. “Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Macam saya, saya gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai. “Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu. “Saya tak nafikan ada yang tanya bolehkah anak (jaga) ramai? Bagi saya sesetengah orang mungkin hanya isteri yang jaga anak sepenuhnya sementara suami keluar cari rezeki.
|
makadek replied at 5-4-2022 01:30 PM
Aku tk sula anak ramai ...serabut
Cukup yg ada..lg plak aku mmg suka bersunyi sunyi
ADVERTISEMENT