Aksi penyanyi legenda popular, Lady Gaga membantu memegang gaun SZA yang berjalan menggunakan tongkat menuju ke pentas Anugerah Grammy 2022 menarik perhatian ramai.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di YouTube rasmi Recording Academy/Grammy, Avril Lavigne sebagai hos mengumumkan kategori bagi Anugerah Persembahan Terbaik Pop Duo bagi tahun ini dimenangi oleh Doja Cat dan SZA bagi lagu Kiss Me More. SZA yang mendengar namanya dipanggil bagi anugerah tersebut, berjalan sambil menggunakan tongkat menuju ke pentas sementara Lady Gaga yang kebetulan duduk di hadapan pentas segera bangun dan membantu SZA mengangkat gaun labuhnya sehingga ke pentas.
Melihat aksi penyanyi legenda itu rata-rata netizen memberi komen memuji dan menghargai perbuatan selebriti terkenal tersebut. Manakala di Twitter pula, MTV News berkongsi klip video aksi Lady Gaga mendapat perhatian ramai warga Twitter dan masing-masing memuji perbuatan penyanyi jelita itu di media sosial. Untuk rekod, Lady Gaga bersama Tony Bennett membawa pulang trofi bagi kategori Album Vokal Pop Tradisional Klasik bagi lagu Love For Sale pada malam Anugerah Grammy yang ke-64. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT