Setiap orang ada menyambut bulan Ramadan dengan perasaan berbeza. Bagi kebanyakannya, pasti teruja kerana mahu 'pulun' menambah amal sepanjang bulan mulia ini.
Namun, berbeza dengan mereka yang menyambutnya tanpa insan tersayang di sisi. Begitulah yang dirasakan King Coco mengenai sambutan puasa pada tahun ini. Katanya menerusi Instastory, emosinya tidak stabil kerana tiada ibu di sisi untuk menyambutnya bersama. Malah, bulan Ramadan tahun ini jatuh pada bulan April iaitu bulan kelahiran ibunya. King Coco juga mengakui tidak boleh 'move on' dengan pemergian ibunya. "Hilang laki, tak rasa apa. Hilang mak, satu dunia gelap," tulisnya. Bertabahlah King Coco dan sesiapa yang menyambut Ramadan tanpa insan tersayang di sisi. - CARI
|
anilanil replied at 4-4-2022 06:36 PM
Bila dia type, terus kelihatan melayu tulen. Bila buka mulut depan public kemain slang omputeh celup ...
purplelilac replied at 4-4-2022 06:22 PM
Artis kah beliau!???
ADVERTISEMENT